Sunday, October 18, 2009

'Positif', semakin positif......


Salam..

Ahad (18/10/2009)

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku telah mampu untuk menerima bahawa aku HIV positif.. Kalau sebelum ni blog aku hitam gelap je (menunjukkan kesedihan la konon.. hehe..), tapi sekarang aku nak jadi lebih positif terhadap keadaan aku yg 'positif' ni.. Jadi aku pun ubah la sikit2 mane yg patut tu.. cuma sketch2 yg sebelum ni tu aku nak biar je hitam.. lagi cantik kot kaler hitam tu.. :)

Semalam aku g KL utk menghadiri open house dan majlis besday org yg aku x kenal.. Lantak la x kenal pun, aku balun je.. Utk pengetahuan, semua yg hadir majlis besday tu, ehem, gay.. so kitorg borak2 (walaupun aku lg byk mendengar dari bercakap) mcm org2 gay.. haha.. seronok gak.. dalam ramai2 tu, sorang je yg tau aku HIV+, tp dia cool.. Open house start at 8pm, and majlis birthday start at 12.. memang penat gler, tp seronok.. I wish I can share it with THAT special someone.. :)

Ok la, tu je.. hehe.. len kali aku sambung lagi..

Salam..

Wednesday, October 14, 2009

Layakkah Aku?



















Kadang-kadang aku terfikir, LAYAKKAH AKU...

... untuk hidup di dunia ini bersama-sama dengan orang lain yang menyayangi aku, sedangkan diri aku ini begitu hina? Menjalankan kehidupan bersama-sama, ketawa, menangis, gembira, sedih bersama-sama, berjalan, berlari, jatuh, bangun bersama-sama?
... untuk disayangi dan menyayangi orang lain, sedangkan aku tak punya apa-apa untuk diberikan, selain dari kesedihan dan air mata? Aku yang jijik ini, masih menagih kasih sayang dari tuhan, keluarga, sahabat, si dia, sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk menyayangi diri aku sendiri di atas kebodohan aku yang lampau.
... untuk hidup di dalam komuniti yang aku hidup sekarang, melemparkan senyuman pada kenalan-kenalan, meminta dan memberi bantuan, bersentuhan bahu ketika solat, bersalaman, bergurau-senda, sedangkan aku berada dalam keadaan yang sungguh mengaibkan?
... untuk menuntut hak-hak sebagai seorang anak, abang, kawan, pekerja, sedangkan aku telah mensia-siakan hak-hak itu dengan melemparkan diri ke dalam jurang yang begitu dalam dan gelap, yang mana aku tak mungkin dapat keluar kembali ke dunia yang penuh cahaya dan warna-warni ini?
... untuk berasa marah, tidak puas hati, geram, sedih, terhadap dunia dan orang-orang di sekeliling, sedangkan aku sudah tidak boleh dianggap sebagai seorang manusia sempurna?
LAYAKKAH AKU?

Aku positif???........ (8)



















Salam..

Hari ni, 14/10/2009, aku telah pergi ke Hospital Seremban untuk diambil darah!!

Aku dah siap2 mintak cuti dr bos aku untuk g seremban (tp aku x bgtau la aku g hospital sbb ambik darah utk HIV, kang x pasal2 kena pecat).. Semalam aku dah prepare tido awal sket dr biasa sbb aku nak bangun awal, gerak awal n sampai sane pun awal..

Aku bangun kul 4.30 pg, siap2, n terus gerak ke seremban kul 5.30 pg.. On the way ke seremban tu dalam fikiran aku satu je, jgn la diorg tanya yg pelik2 mase ambik darah aku tu nt.. nervous gler ar..

Dalam pukul 8.00 pg, aku dh sampai kat hospital seremban.. lambat sket sbb hujan lebat gler.. dari umah aku sampai seremban ujan.. so lepas park kereta, aku terus masuk ikut pintu belakang, sebab kereta aku parking kat area belakang.. parking penuh giler..

Sampai je kat entrance hospital, doktor aku dh tunggu kat situ.. baik betul dia.. walaupun dia ade jaga exam hr ni, tp dia sanggup luangkan masa utk tengok aku n tunjukkan tempat2 yg aku kena g.. thanks doc, jasamu kukenang.. :) Doktor tunjuk tempat aku nak kena ambik darah tu.. Venepuncture Room (betul ke ejaan tu?..).. masuk2 je, dah ade org kat dalam tu.. pelik tul kan, padahal hospital bukak kul 8.. aku masuk situ dlm 8.20, pun dh ramai org..

Aku g kat kaunter dia, n bagi borang2 aku.. nurse pompuan yg ambik borang aku tu agak terkesima (terkejut) bila aku bg byk form kat dia.. lepas tu dia bg aku nombor giliran n aku pun duduk utk tunggu giliran.. sampai la nama aku dipanggil.. aku pun masuk dalam area untuk ambil darah tu.. nurse pompuan td bg balik form2 aku dengan botol2 utk diisi darah aku (kot).. terkejut aku, ade 7 botol!!! 7!!!













kat situ ade 3 cubicle, and ada 3 org yg bertugas utk ambik darah, sorg pompuan n 2 lelaki.. Aku harap aku dpt yg pompuan tu sebab nampak dia baik sgt.. Tp malangnya aku dpt pak aji pakai kopiah.. so utk memujuk hati, aku ckp la dlm hati yg pakcik ni mesti baik, sbb pakai kopiah.. tapi aku silap!!!!!



Sampai je kat cubicle pakcik tu, aku pun hulur la for2 aku ng botol2 tu.. pakcik tu mcm terkejut tgk byk botol, pastu dia tengok aku dr atas ke bawah.. mase tu dia x pelawa aku duduk lg, tp aku duduk je sbb malas nk bg dia tgk aku puas2.. lepas aku duduk, dia tanye aku, darah aku ni jenis senang ke susah nak ambik?.. mane la aku tau.. pakcik ni kang saje je makan penerajang free..

Dia pun mula la proses ambik darah tu.. Dia cucuk tangan aku ngan jarum yg ade botol besar gler.. mungkin sbb aku ade 7 botol yg nak kena isi.. mase dia start cucuk tu, bermulalah benda yg aku takut2kan dr dulu.. soalan2 dia..

Utk pengetahuan korang, cubicle2 utk ambik darah tu dekat2 je, so kalau kita bercakap kat sini, sane pun leh dengar.. tempat menunggu pun dekat je.. So mase darah aku diambil tu, pakcik tu start tanya aku...

Soalan 1 : mane dapat ni?..
aku rasa maksud pakcik tu, mane aku leh dapat HIV ni?.. aku x jawab pun, just senyum je.. senyum kelat..

Soalan 2 : ko ni rajin g Siam ke cr pompuan?..
pakcik ni dah mula tanya over2.. mase tu semua yg ade kat situ leh dengar, dan semua pandang2 jeling2 aku.. malu gila.. tapi aku x jawab gak.. tp aku dh x senyum dah.. aku buat muka x puas ati..

Soalan 3 : ko ni banyak main ke?..
satu lagi soalan cepumas hinggap kat muka aku.. org tua ni sukati je.. dan x perlu aku ulang, yg semua org kat situ mmg leh dgr soalan dia tu.. rase nak terajang je muka dia ng kopiah2 dia sekali.. tp aku masih senyap.. dah malas nak layan.. dlm hati mmg malu gila, sampai rasa nak nangis..

Last sekali, dia cakap, "tu la, susah nak jawab kan.. baru ko tau..".. Ouch!! pedas sungguh.. mase tu aku dh x mampu nk buat ape2, just berdoa dlm hati je anak pakcik tu dpt HIV.. serius!! lepas siap dia ambik darah aku, aku pun blah dari situ secepat mungkin.. malu gila, sbb mase aku nak keluar tu pun org2 kat situ jeling2 kat aku.. aduuu..

Tapi yg aku agak bangga, pakcik tu x terfikir yg aku ni GAY.. maknanya aku ni klu tgk mmg bukan mcm gay la.. huhu..













Lepas keluar je dr bilik tu, aku rasa lega, tapi sekejap je, sebab lepas ni nak kena buat x-ray lak.. seb baik sebelah2 je.. so x pyh la aku nk kena menapak jauh2.. mcm biasa, aku bg form kat kaunter n tunggu giliran aku.. sampai je giliran aku, nama aku dipanggil n aku masuk dlm bilik x-ray tu.. nurse yg jaga bahagian x-ray tu baik.. dia xde la buat mcm yg pakcik td buat, tp mungkin sebab dia x tau yg aku ni HIV+.. x-ray sekejap je, pastu aku pun balik..

tapi x balik pun.. aku g seremban dua, release tension tengok wayang citer Surrogates.. tapi malang tul, citer tu mcm x berapa best.. ceh.. huhu..

Setakat ni dulu coretan aku utk kali ni.. penat nih.. len kali aku update lg..

Salam..