Wednesday, November 4, 2009

Masa untuk berubah.. Will you follw me?...

05 November 2009 - Khamis

Salam..

Mulai hari ni, aku akan pindahkan semua post2 aku ke wordpress.. So, aku takkan update blog aku kat sini lagi dah.. Aku akan update kat wordpress.. Jom ikut aku..

http://akupositif.wordpress.com/

Jumpa di sana......

Salam..

Saturday, October 31, 2009

Aku positif???........ (9)


01 November 2009 - Ahad

Salam..

Seperti yg aku janjikan, aku akan update lepas aku dapat result blood test. Dan hari Jumaat lepas, my doc sms me, bgtau serba sedikit ttg result aku. So kat sini aku x boleh nak bgtau byk benda. Bukan sebab aku xnak, tapi sebab aku sendiri tak tau byk.

Pd jam 11.47 pg, my doc telah sms aku result aku. dr apa yg aku baca, ni ringkasannya :


Tahap CD4 : 360

Bagi orang yg sihat, tahap CD4 (T-cells) adalah di antara 700 - 1000, dan bagi pesakit HIV, tahap yg normal adalah di sekitar 500 ke atas. Tahap 200 kebawah, pesakit itu boleh dikategorikan sebagai pesakit AIDS.


Viral load : 70,000 per mililiter

Viral load HIV menunjukkan jumlah virus HIV di dalam setiap per mililiter (copies/mL) darah. Semasa rawatan, pesakit HIV boleh dicatatkan sekitar 5,000 - 10,000, manakala jika tidak mengambil rawatan, kadar itu boleh mencecah ke 1 juta copies dlm setiap mL darah.


Ini je maklumat yg aku dpt dr doc aku. Dia tak boleh nak bgtau lebih2 sebab maklumat2 tu confidential.

Dari result tu, kita boleh tau yg aku ni dah di peringkat agak merbahaya. Masa dapat tau ni pun, seriau gak.. Tapi xpe, aku mesti kuat (adehhh).. Aku nak nangis pun dh xde guna lagi..

Kalau nak tau, sebelum terima result ni, dalam hati kecil aku ada berharap yang result kat BP Clinical dulu tu salah, dan aku akan diisytihar negatif dlm test kali ni. Tapi rupanya mmg aku betul2 ada HIV. Bayangkan la betapa hancurnya hati (adeeehhhhh)..

Tapi aku mesti kuat...... aku mesti kuat..........................

salam....

Sunday, October 25, 2009

Lipodystrophy - Changing Of Appearance?




A Video About LIPODYSTROPHY


Salam..

Sekarang aku akan mula cari maklumat2 tentang side2 effects yang disebabkan oleh HIV. 1st thing yg aku jumpa ialah; LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY ialah satu keadaan dimana kadar tisu 'adipose' (tisu yang terletak di bawah kulit dimana ianya memegang lemak, dan menyokong struktur bentuk tubuh) menjadi tidak normal atau berkurangan. 'LIPO' bermaksud 'lemak' dan 'DYSTROPHY' bermaksud 'tidak normal atau berkurangan' dalam bahasa Greek. Dalam istilah yg lebih spesifik, LIPODYSTROPHY bermaksud kehilangan lemak dari bahagian badan yang tertentu (biasanya di bahagian muka).

Keadaan
LIPODYSTROPHY boleh wujud seperti lekukan atau lubang kecil di bahagian kulit apabila seseorang dengan berulangkali melakukan suntikan di bahagian tersebut. Biasanya keadaan sebegini tidak berbahaya. Biasanya, orang yang mahu mengelak keadaan ini akan melakukan suntikan secara bergilir-gilir di bahagian badan yg berlainan.

Salah satu kesan sampingan
LIPODYSTROPHY ialah penolakan terhadap ubat yg disuntik, proses penyerapan ubat yang lambat, ataupun trauma yg boleh menyebabkan pendarahan, yang mana tubuh akan menolak ubat yg diberikan. Dalam keadaan ini, sukatan ubat yg perlu diberikan, seperti insulan yg perlu diberikan kepada pesakit diabetes, menjadi mustahil untuk ditentukan. Malahan dalam sesetengah kes, suntikan secara bergilir2 juga tidak dapat mencegah LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY boleh disebabkan oleh penggunaan ubat antiretroviral. LIPODYSTROPHY akan menyebabkan pembahagian jumlah lemak yg tak sekata di bahagian badan yg berlainan. Ini termasuk, tapi tidak tertakluk kepada, mempunyai pipi yg mencengkung ataupun bonggol di bahagian belakang leher. (alamak, takutnya.. huhu..)

LIPODYSTROPHY sebenarnya memberi pengaruh negative kepada penderita HIV dari segi psikologi, lebih drpd fizikal. Kami akan berasa bertambah tidak yakin terhadap diri sendiri dengan perubahan bentuk tubuh badan, khususnya di bahagian muka. "dah tak cantik dah"... huhuhu..

Ok, see u some other time..

Salam..