Saturday, October 31, 2009

Aku positif???........ (9)


01 November 2009 - Ahad

Salam..

Seperti yg aku janjikan, aku akan update lepas aku dapat result blood test. Dan hari Jumaat lepas, my doc sms me, bgtau serba sedikit ttg result aku. So kat sini aku x boleh nak bgtau byk benda. Bukan sebab aku xnak, tapi sebab aku sendiri tak tau byk.

Pd jam 11.47 pg, my doc telah sms aku result aku. dr apa yg aku baca, ni ringkasannya :


Tahap CD4 : 360

Bagi orang yg sihat, tahap CD4 (T-cells) adalah di antara 700 - 1000, dan bagi pesakit HIV, tahap yg normal adalah di sekitar 500 ke atas. Tahap 200 kebawah, pesakit itu boleh dikategorikan sebagai pesakit AIDS.


Viral load : 70,000 per mililiter

Viral load HIV menunjukkan jumlah virus HIV di dalam setiap per mililiter (copies/mL) darah. Semasa rawatan, pesakit HIV boleh dicatatkan sekitar 5,000 - 10,000, manakala jika tidak mengambil rawatan, kadar itu boleh mencecah ke 1 juta copies dlm setiap mL darah.


Ini je maklumat yg aku dpt dr doc aku. Dia tak boleh nak bgtau lebih2 sebab maklumat2 tu confidential.

Dari result tu, kita boleh tau yg aku ni dah di peringkat agak merbahaya. Masa dapat tau ni pun, seriau gak.. Tapi xpe, aku mesti kuat (adehhh).. Aku nak nangis pun dh xde guna lagi..

Kalau nak tau, sebelum terima result ni, dalam hati kecil aku ada berharap yang result kat BP Clinical dulu tu salah, dan aku akan diisytihar negatif dlm test kali ni. Tapi rupanya mmg aku betul2 ada HIV. Bayangkan la betapa hancurnya hati (adeeehhhhh)..

Tapi aku mesti kuat...... aku mesti kuat..........................

salam....

Sunday, October 25, 2009

Lipodystrophy - Changing Of Appearance?




A Video About LIPODYSTROPHY


Salam..

Sekarang aku akan mula cari maklumat2 tentang side2 effects yang disebabkan oleh HIV. 1st thing yg aku jumpa ialah; LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY ialah satu keadaan dimana kadar tisu 'adipose' (tisu yang terletak di bawah kulit dimana ianya memegang lemak, dan menyokong struktur bentuk tubuh) menjadi tidak normal atau berkurangan. 'LIPO' bermaksud 'lemak' dan 'DYSTROPHY' bermaksud 'tidak normal atau berkurangan' dalam bahasa Greek. Dalam istilah yg lebih spesifik, LIPODYSTROPHY bermaksud kehilangan lemak dari bahagian badan yang tertentu (biasanya di bahagian muka).

Keadaan
LIPODYSTROPHY boleh wujud seperti lekukan atau lubang kecil di bahagian kulit apabila seseorang dengan berulangkali melakukan suntikan di bahagian tersebut. Biasanya keadaan sebegini tidak berbahaya. Biasanya, orang yang mahu mengelak keadaan ini akan melakukan suntikan secara bergilir-gilir di bahagian badan yg berlainan.

Salah satu kesan sampingan
LIPODYSTROPHY ialah penolakan terhadap ubat yg disuntik, proses penyerapan ubat yang lambat, ataupun trauma yg boleh menyebabkan pendarahan, yang mana tubuh akan menolak ubat yg diberikan. Dalam keadaan ini, sukatan ubat yg perlu diberikan, seperti insulan yg perlu diberikan kepada pesakit diabetes, menjadi mustahil untuk ditentukan. Malahan dalam sesetengah kes, suntikan secara bergilir2 juga tidak dapat mencegah LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY boleh disebabkan oleh penggunaan ubat antiretroviral. LIPODYSTROPHY akan menyebabkan pembahagian jumlah lemak yg tak sekata di bahagian badan yg berlainan. Ini termasuk, tapi tidak tertakluk kepada, mempunyai pipi yg mencengkung ataupun bonggol di bahagian belakang leher. (alamak, takutnya.. huhu..)

LIPODYSTROPHY sebenarnya memberi pengaruh negative kepada penderita HIV dari segi psikologi, lebih drpd fizikal. Kami akan berasa bertambah tidak yakin terhadap diri sendiri dengan perubahan bentuk tubuh badan, khususnya di bahagian muka. "dah tak cantik dah"... huhuhu..

Ok, see u some other time..

Salam..



Sunday, October 18, 2009

'Positif', semakin positif......


Salam..

Ahad (18/10/2009)

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku telah mampu untuk menerima bahawa aku HIV positif.. Kalau sebelum ni blog aku hitam gelap je (menunjukkan kesedihan la konon.. hehe..), tapi sekarang aku nak jadi lebih positif terhadap keadaan aku yg 'positif' ni.. Jadi aku pun ubah la sikit2 mane yg patut tu.. cuma sketch2 yg sebelum ni tu aku nak biar je hitam.. lagi cantik kot kaler hitam tu.. :)

Semalam aku g KL utk menghadiri open house dan majlis besday org yg aku x kenal.. Lantak la x kenal pun, aku balun je.. Utk pengetahuan, semua yg hadir majlis besday tu, ehem, gay.. so kitorg borak2 (walaupun aku lg byk mendengar dari bercakap) mcm org2 gay.. haha.. seronok gak.. dalam ramai2 tu, sorang je yg tau aku HIV+, tp dia cool.. Open house start at 8pm, and majlis birthday start at 12.. memang penat gler, tp seronok.. I wish I can share it with THAT special someone.. :)

Ok la, tu je.. hehe.. len kali aku sambung lagi..

Salam..

Wednesday, October 14, 2009

Layakkah Aku?



















Kadang-kadang aku terfikir, LAYAKKAH AKU...

... untuk hidup di dunia ini bersama-sama dengan orang lain yang menyayangi aku, sedangkan diri aku ini begitu hina? Menjalankan kehidupan bersama-sama, ketawa, menangis, gembira, sedih bersama-sama, berjalan, berlari, jatuh, bangun bersama-sama?
... untuk disayangi dan menyayangi orang lain, sedangkan aku tak punya apa-apa untuk diberikan, selain dari kesedihan dan air mata? Aku yang jijik ini, masih menagih kasih sayang dari tuhan, keluarga, sahabat, si dia, sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk menyayangi diri aku sendiri di atas kebodohan aku yang lampau.
... untuk hidup di dalam komuniti yang aku hidup sekarang, melemparkan senyuman pada kenalan-kenalan, meminta dan memberi bantuan, bersentuhan bahu ketika solat, bersalaman, bergurau-senda, sedangkan aku berada dalam keadaan yang sungguh mengaibkan?
... untuk menuntut hak-hak sebagai seorang anak, abang, kawan, pekerja, sedangkan aku telah mensia-siakan hak-hak itu dengan melemparkan diri ke dalam jurang yang begitu dalam dan gelap, yang mana aku tak mungkin dapat keluar kembali ke dunia yang penuh cahaya dan warna-warni ini?
... untuk berasa marah, tidak puas hati, geram, sedih, terhadap dunia dan orang-orang di sekeliling, sedangkan aku sudah tidak boleh dianggap sebagai seorang manusia sempurna?
LAYAKKAH AKU?

Aku positif???........ (8)



















Salam..

Hari ni, 14/10/2009, aku telah pergi ke Hospital Seremban untuk diambil darah!!

Aku dah siap2 mintak cuti dr bos aku untuk g seremban (tp aku x bgtau la aku g hospital sbb ambik darah utk HIV, kang x pasal2 kena pecat).. Semalam aku dah prepare tido awal sket dr biasa sbb aku nak bangun awal, gerak awal n sampai sane pun awal..

Aku bangun kul 4.30 pg, siap2, n terus gerak ke seremban kul 5.30 pg.. On the way ke seremban tu dalam fikiran aku satu je, jgn la diorg tanya yg pelik2 mase ambik darah aku tu nt.. nervous gler ar..

Dalam pukul 8.00 pg, aku dh sampai kat hospital seremban.. lambat sket sbb hujan lebat gler.. dari umah aku sampai seremban ujan.. so lepas park kereta, aku terus masuk ikut pintu belakang, sebab kereta aku parking kat area belakang.. parking penuh giler..

Sampai je kat entrance hospital, doktor aku dh tunggu kat situ.. baik betul dia.. walaupun dia ade jaga exam hr ni, tp dia sanggup luangkan masa utk tengok aku n tunjukkan tempat2 yg aku kena g.. thanks doc, jasamu kukenang.. :) Doktor tunjuk tempat aku nak kena ambik darah tu.. Venepuncture Room (betul ke ejaan tu?..).. masuk2 je, dah ade org kat dalam tu.. pelik tul kan, padahal hospital bukak kul 8.. aku masuk situ dlm 8.20, pun dh ramai org..

Aku g kat kaunter dia, n bagi borang2 aku.. nurse pompuan yg ambik borang aku tu agak terkesima (terkejut) bila aku bg byk form kat dia.. lepas tu dia bg aku nombor giliran n aku pun duduk utk tunggu giliran.. sampai la nama aku dipanggil.. aku pun masuk dalam area untuk ambil darah tu.. nurse pompuan td bg balik form2 aku dengan botol2 utk diisi darah aku (kot).. terkejut aku, ade 7 botol!!! 7!!!













kat situ ade 3 cubicle, and ada 3 org yg bertugas utk ambik darah, sorg pompuan n 2 lelaki.. Aku harap aku dpt yg pompuan tu sebab nampak dia baik sgt.. Tp malangnya aku dpt pak aji pakai kopiah.. so utk memujuk hati, aku ckp la dlm hati yg pakcik ni mesti baik, sbb pakai kopiah.. tapi aku silap!!!!!



Sampai je kat cubicle pakcik tu, aku pun hulur la for2 aku ng botol2 tu.. pakcik tu mcm terkejut tgk byk botol, pastu dia tengok aku dr atas ke bawah.. mase tu dia x pelawa aku duduk lg, tp aku duduk je sbb malas nk bg dia tgk aku puas2.. lepas aku duduk, dia tanye aku, darah aku ni jenis senang ke susah nak ambik?.. mane la aku tau.. pakcik ni kang saje je makan penerajang free..

Dia pun mula la proses ambik darah tu.. Dia cucuk tangan aku ngan jarum yg ade botol besar gler.. mungkin sbb aku ade 7 botol yg nak kena isi.. mase dia start cucuk tu, bermulalah benda yg aku takut2kan dr dulu.. soalan2 dia..

Utk pengetahuan korang, cubicle2 utk ambik darah tu dekat2 je, so kalau kita bercakap kat sini, sane pun leh dengar.. tempat menunggu pun dekat je.. So mase darah aku diambil tu, pakcik tu start tanya aku...

Soalan 1 : mane dapat ni?..
aku rasa maksud pakcik tu, mane aku leh dapat HIV ni?.. aku x jawab pun, just senyum je.. senyum kelat..

Soalan 2 : ko ni rajin g Siam ke cr pompuan?..
pakcik ni dah mula tanya over2.. mase tu semua yg ade kat situ leh dengar, dan semua pandang2 jeling2 aku.. malu gila.. tapi aku x jawab gak.. tp aku dh x senyum dah.. aku buat muka x puas ati..

Soalan 3 : ko ni banyak main ke?..
satu lagi soalan cepumas hinggap kat muka aku.. org tua ni sukati je.. dan x perlu aku ulang, yg semua org kat situ mmg leh dgr soalan dia tu.. rase nak terajang je muka dia ng kopiah2 dia sekali.. tp aku masih senyap.. dah malas nak layan.. dlm hati mmg malu gila, sampai rasa nak nangis..

Last sekali, dia cakap, "tu la, susah nak jawab kan.. baru ko tau..".. Ouch!! pedas sungguh.. mase tu aku dh x mampu nk buat ape2, just berdoa dlm hati je anak pakcik tu dpt HIV.. serius!! lepas siap dia ambik darah aku, aku pun blah dari situ secepat mungkin.. malu gila, sbb mase aku nak keluar tu pun org2 kat situ jeling2 kat aku.. aduuu..

Tapi yg aku agak bangga, pakcik tu x terfikir yg aku ni GAY.. maknanya aku ni klu tgk mmg bukan mcm gay la.. huhu..













Lepas keluar je dr bilik tu, aku rasa lega, tapi sekejap je, sebab lepas ni nak kena buat x-ray lak.. seb baik sebelah2 je.. so x pyh la aku nk kena menapak jauh2.. mcm biasa, aku bg form kat kaunter n tunggu giliran aku.. sampai je giliran aku, nama aku dipanggil n aku masuk dlm bilik x-ray tu.. nurse yg jaga bahagian x-ray tu baik.. dia xde la buat mcm yg pakcik td buat, tp mungkin sebab dia x tau yg aku ni HIV+.. x-ray sekejap je, pastu aku pun balik..

tapi x balik pun.. aku g seremban dua, release tension tengok wayang citer Surrogates.. tapi malang tul, citer tu mcm x berapa best.. ceh.. huhu..

Setakat ni dulu coretan aku utk kali ni.. penat nih.. len kali aku update lg..

Salam..

Tuesday, October 13, 2009

Aku positif???........ (7)


Salam...

Hari ni dah hari Selasa, 13/10/2009. Besok pagi aku akan pergi ke Hospital Seremban untuk diorg ambik sample darah aku. Denagn darah ni la diorg akan buat test2 yg akan menentukan tahap jangkitan virus HIV dalam badan aku. Ni utk menentukan samada aku perlukan ubat sekarang, atau kemudian.

Sebenarnya aku rasa sangat nervous untuk g besok. Doktor aku ckp, proses ambik darah tu x lama, mungkin x sampai pun 1 jam. Tapi aku takut. Bukan takut sakit atau takut darah (walaupun aku mmg ade hemofobia), tapi apa yg aku takut ialah soalan2 yg bakal diajukan pada aku oleh org2 yg akan ambil darah aku sok... :(

Dah byk citer yg aku dgr pasal mulut x insuran diorg nih. Dan proses tu mcm proses menyerah diri, sebab takkan kita nak lari bila org tu tanya kita padahal masa tu darah kita tengah diambil. Mau patah lak jarum tu kang, lagi menambah masalah. So sekarang aku tgh pikir, mcmn nak counter soalan2 tu. So ni aku ade la terpikir benda2 yg bengong. Huhuhu....

Aku letak org yg ambil darah aku tu sbg Misi L (lelaki) & Misi P (perempuan)

Senario 1 :

Misi P : (tengok2 borang aku sambil jeling2 kat aku)
Aku : (buat bodooooo...)
Misi P : (sambil cucuk jarum kat tangan aku) Ni dapat penyakit ni, main ngan sape dik?..

Jeng.. Jeng.. Jengggg.... tup2 soalan cepumas keluar.. So ni pilihan jawapan aku :

1) Diam je..
2) Nangis..
3) "main ngan kawan.."
4) "main ngan anak akak yg skolah menengah tu.."
5) senyum je..
6) "ntah la kak.. x ingat.. ramai sangat.. ntah2 suami akak pun ade skali dalam list.."


Senario 2 :

Misi L : (tengok2 borang aku sambil senyum. Dia x jeling, sbb klu dia jeling ala2 mcm akak td, kompem dia gay!)
Aku : (buat bodo lagi..)
Misi L : (sambil cucuk jarum kat tangan aku) Ko g berganyang ngan sape ni jang?..

Satu lagi soalan cepumas... So.....

1) Diam je..
2) senyum (xleh nangis sbb kali ni misi lelaki.. jatuh saham nanti nangis dpn dia..)
3) "main ngan botfren la bang, sape lg?.."
4) "adik abang yg bujang tu ganas gak mase main kan.."
5) "abg ni ensem la.... hikhikhik.." (sambil usap2 tangan dia.. Dia xleh lari sebab tengah ambik darah aku..


HAHAHAHAHAHA!!! Bestnye kalau dapat buat camtu.. Tapi aku sedar ni semua x mungkin berlaku.. Aku dinasihati utk diam je mase diorg tanya soalan2 tu sume, sebab sebenarnya diorg xde hak utk ganggu privacy pesakit.. Hanya doktor yg berkelayakan dan layak sahaja yg boleh menemuramah pesakit..

Ok la, tu je utk kali ni.. Perasaan nervous tu masih ade.. camne la nak ilangkan ek.. aduuuiii..

Sebelum terlupa, mase aku g jumpa doktor 1st time hr tu, doktor tu ade bagi aku satu buku kaler merah yg bertajuk "Positive Living".. Dalam buku tu ade la panduan sket utk org2 yg hidup dengan HIV mcm aku dan bagus juga dibaca oleh org2 yg ada org yg HIV+ dlm kehidupan mereka x kira la keluarga ke, kawan ke, rakan sekerja ke... Sbb byk yg kita masih x tau psl virus ni, yang mana sikap x tahu tu akan melukakan org2 HIV+ mcm aku lebih dari penyakit itu sendiri.. Nia ku ade upload pic buku tu..
So until next time, salam.....


Tuesday, October 6, 2009

aku positif???........ (6)

06/10/2009 (Selasa)

Sesuatu yang membengongkan berlaku..

Aku ada citer pasal aku g buat checkup seminggu lepas raya kat hospital Seremban, dan aku kena datang balik untuk buat blood test.. Yang bestnya, mati2 aku ingat blood test tu esok (07/10/2009).. So aku pun ngan konfidennye mintak cuti dr bos aku seminggu awal.. konon2nya takut cuti x approve..

Tapi ptg semalam mase aku sms ng kwn aku, aku terpikir, "betul ke blood test aku 07/10/2009?.." so mlm td aku pun check la balik form yg hospital bagi sebab dlm tu diorg ade tulis tarikh appointment aku yg seterusnya.. to my awe, it is on 14/10/2009!!! haha!! so dengan kelam kelibutnya aku call bos aku ckp nak mintak postpone cuti ke minggu depan.. Bos aku bantai gelakkan aku.. hampeh tol.. tp dia bg cuti mgu depan.. pagi td dia siap kol lg, tanye aku betol ke nak postpone.. siot je.. hehe..

so tu he la yg aku nk bgtau.. semoga korang terhibur membaca ke-kelam kabut-an aku ni.. huhu..

salam..

Sunday, October 4, 2009

Aku positif???........ (5)

03/10/2009 (Ahad)

Pukul 6.00 ptg, aku baru sampai kat rumah sewa selepas gi beraya kat rumah kawan. Oleh kerana perut dah memulas2 dari tadi, aku terus ke toilet untuk melepaskan hasrat yg terpendam (buang air besar la..)..

Selepas semua dah dikeluarkan, aku pun jenguk kat mangkuk tandas tu, dan aku terkejut giler bila aku nampak ada benda lain yang keluar sekali bersama2 dgn bahan buangan aku.. Benda tu tak lain dan tak bukan..... DARAH!!!

Masa aku tengok ada darah tu, seriau gak aku dibuatnya.. tetibe je.. aku cuba teran lagi, and lagi darah keluar lagi dr dubur aku.. Oleh sebab aku dah takut, so aku just cuci bersih2, dan terus keluar toilet.. mungkin sekejap je tu kot..

Pada sebelah malam, aku masuk lagi ke toilet utk check2 kot2 ada darah lagi.. aku tgk lubang dubur aku bersih je, so aku pun lega la.. tapi aku try gak teran lagi, nk tgk klu2 ada darah lagi.. And guess what, masih ada darah yg keluar dari lubang tu.. mase tu aku dah tak dapat nak tahan airmata dah.. aku berserah je, mungkin ni tanda2 awal ttg 'penyakit' yg aku alami ni..

04/10/2009 (Isnin)

pagi ni bangun dr tidur, aku g toilet lagi utk buat check lagi.. Tp pagi ni xde darah yg keluar.. Aku bersyukur2 sangat2.. Harap2 darah yg keluar tu xde makna apa2, at least yg serius la.. :)