Sunday, October 25, 2009

Lipodystrophy - Changing Of Appearance?




A Video About LIPODYSTROPHY


Salam..

Sekarang aku akan mula cari maklumat2 tentang side2 effects yang disebabkan oleh HIV. 1st thing yg aku jumpa ialah; LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY ialah satu keadaan dimana kadar tisu 'adipose' (tisu yang terletak di bawah kulit dimana ianya memegang lemak, dan menyokong struktur bentuk tubuh) menjadi tidak normal atau berkurangan. 'LIPO' bermaksud 'lemak' dan 'DYSTROPHY' bermaksud 'tidak normal atau berkurangan' dalam bahasa Greek. Dalam istilah yg lebih spesifik, LIPODYSTROPHY bermaksud kehilangan lemak dari bahagian badan yang tertentu (biasanya di bahagian muka).

Keadaan
LIPODYSTROPHY boleh wujud seperti lekukan atau lubang kecil di bahagian kulit apabila seseorang dengan berulangkali melakukan suntikan di bahagian tersebut. Biasanya keadaan sebegini tidak berbahaya. Biasanya, orang yang mahu mengelak keadaan ini akan melakukan suntikan secara bergilir-gilir di bahagian badan yg berlainan.

Salah satu kesan sampingan
LIPODYSTROPHY ialah penolakan terhadap ubat yg disuntik, proses penyerapan ubat yang lambat, ataupun trauma yg boleh menyebabkan pendarahan, yang mana tubuh akan menolak ubat yg diberikan. Dalam keadaan ini, sukatan ubat yg perlu diberikan, seperti insulan yg perlu diberikan kepada pesakit diabetes, menjadi mustahil untuk ditentukan. Malahan dalam sesetengah kes, suntikan secara bergilir2 juga tidak dapat mencegah LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY boleh disebabkan oleh penggunaan ubat antiretroviral. LIPODYSTROPHY akan menyebabkan pembahagian jumlah lemak yg tak sekata di bahagian badan yg berlainan. Ini termasuk, tapi tidak tertakluk kepada, mempunyai pipi yg mencengkung ataupun bonggol di bahagian belakang leher. (alamak, takutnya.. huhu..)

LIPODYSTROPHY sebenarnya memberi pengaruh negative kepada penderita HIV dari segi psikologi, lebih drpd fizikal. Kami akan berasa bertambah tidak yakin terhadap diri sendiri dengan perubahan bentuk tubuh badan, khususnya di bahagian muka. "dah tak cantik dah"... huhuhu..

Ok, see u some other time..

Salam..



No comments:

Post a Comment