Wednesday, November 4, 2009

Masa untuk berubah.. Will you follw me?...

05 November 2009 - Khamis

Salam..

Mulai hari ni, aku akan pindahkan semua post2 aku ke wordpress.. So, aku takkan update blog aku kat sini lagi dah.. Aku akan update kat wordpress.. Jom ikut aku..

http://akupositif.wordpress.com/

Jumpa di sana......

Salam..

Saturday, October 31, 2009

Aku positif???........ (9)


01 November 2009 - Ahad

Salam..

Seperti yg aku janjikan, aku akan update lepas aku dapat result blood test. Dan hari Jumaat lepas, my doc sms me, bgtau serba sedikit ttg result aku. So kat sini aku x boleh nak bgtau byk benda. Bukan sebab aku xnak, tapi sebab aku sendiri tak tau byk.

Pd jam 11.47 pg, my doc telah sms aku result aku. dr apa yg aku baca, ni ringkasannya :


Tahap CD4 : 360

Bagi orang yg sihat, tahap CD4 (T-cells) adalah di antara 700 - 1000, dan bagi pesakit HIV, tahap yg normal adalah di sekitar 500 ke atas. Tahap 200 kebawah, pesakit itu boleh dikategorikan sebagai pesakit AIDS.


Viral load : 70,000 per mililiter

Viral load HIV menunjukkan jumlah virus HIV di dalam setiap per mililiter (copies/mL) darah. Semasa rawatan, pesakit HIV boleh dicatatkan sekitar 5,000 - 10,000, manakala jika tidak mengambil rawatan, kadar itu boleh mencecah ke 1 juta copies dlm setiap mL darah.


Ini je maklumat yg aku dpt dr doc aku. Dia tak boleh nak bgtau lebih2 sebab maklumat2 tu confidential.

Dari result tu, kita boleh tau yg aku ni dah di peringkat agak merbahaya. Masa dapat tau ni pun, seriau gak.. Tapi xpe, aku mesti kuat (adehhh).. Aku nak nangis pun dh xde guna lagi..

Kalau nak tau, sebelum terima result ni, dalam hati kecil aku ada berharap yang result kat BP Clinical dulu tu salah, dan aku akan diisytihar negatif dlm test kali ni. Tapi rupanya mmg aku betul2 ada HIV. Bayangkan la betapa hancurnya hati (adeeehhhhh)..

Tapi aku mesti kuat...... aku mesti kuat..........................

salam....

Sunday, October 25, 2009

Lipodystrophy - Changing Of Appearance?




A Video About LIPODYSTROPHY


Salam..

Sekarang aku akan mula cari maklumat2 tentang side2 effects yang disebabkan oleh HIV. 1st thing yg aku jumpa ialah; LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY ialah satu keadaan dimana kadar tisu 'adipose' (tisu yang terletak di bawah kulit dimana ianya memegang lemak, dan menyokong struktur bentuk tubuh) menjadi tidak normal atau berkurangan. 'LIPO' bermaksud 'lemak' dan 'DYSTROPHY' bermaksud 'tidak normal atau berkurangan' dalam bahasa Greek. Dalam istilah yg lebih spesifik, LIPODYSTROPHY bermaksud kehilangan lemak dari bahagian badan yang tertentu (biasanya di bahagian muka).

Keadaan
LIPODYSTROPHY boleh wujud seperti lekukan atau lubang kecil di bahagian kulit apabila seseorang dengan berulangkali melakukan suntikan di bahagian tersebut. Biasanya keadaan sebegini tidak berbahaya. Biasanya, orang yang mahu mengelak keadaan ini akan melakukan suntikan secara bergilir-gilir di bahagian badan yg berlainan.

Salah satu kesan sampingan
LIPODYSTROPHY ialah penolakan terhadap ubat yg disuntik, proses penyerapan ubat yang lambat, ataupun trauma yg boleh menyebabkan pendarahan, yang mana tubuh akan menolak ubat yg diberikan. Dalam keadaan ini, sukatan ubat yg perlu diberikan, seperti insulan yg perlu diberikan kepada pesakit diabetes, menjadi mustahil untuk ditentukan. Malahan dalam sesetengah kes, suntikan secara bergilir2 juga tidak dapat mencegah LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY boleh disebabkan oleh penggunaan ubat antiretroviral. LIPODYSTROPHY akan menyebabkan pembahagian jumlah lemak yg tak sekata di bahagian badan yg berlainan. Ini termasuk, tapi tidak tertakluk kepada, mempunyai pipi yg mencengkung ataupun bonggol di bahagian belakang leher. (alamak, takutnya.. huhu..)

LIPODYSTROPHY sebenarnya memberi pengaruh negative kepada penderita HIV dari segi psikologi, lebih drpd fizikal. Kami akan berasa bertambah tidak yakin terhadap diri sendiri dengan perubahan bentuk tubuh badan, khususnya di bahagian muka. "dah tak cantik dah"... huhuhu..

Ok, see u some other time..

Salam..



Sunday, October 18, 2009

'Positif', semakin positif......


Salam..

Ahad (18/10/2009)

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku telah mampu untuk menerima bahawa aku HIV positif.. Kalau sebelum ni blog aku hitam gelap je (menunjukkan kesedihan la konon.. hehe..), tapi sekarang aku nak jadi lebih positif terhadap keadaan aku yg 'positif' ni.. Jadi aku pun ubah la sikit2 mane yg patut tu.. cuma sketch2 yg sebelum ni tu aku nak biar je hitam.. lagi cantik kot kaler hitam tu.. :)

Semalam aku g KL utk menghadiri open house dan majlis besday org yg aku x kenal.. Lantak la x kenal pun, aku balun je.. Utk pengetahuan, semua yg hadir majlis besday tu, ehem, gay.. so kitorg borak2 (walaupun aku lg byk mendengar dari bercakap) mcm org2 gay.. haha.. seronok gak.. dalam ramai2 tu, sorang je yg tau aku HIV+, tp dia cool.. Open house start at 8pm, and majlis birthday start at 12.. memang penat gler, tp seronok.. I wish I can share it with THAT special someone.. :)

Ok la, tu je.. hehe.. len kali aku sambung lagi..

Salam..

Wednesday, October 14, 2009

Layakkah Aku?



















Kadang-kadang aku terfikir, LAYAKKAH AKU...

... untuk hidup di dunia ini bersama-sama dengan orang lain yang menyayangi aku, sedangkan diri aku ini begitu hina? Menjalankan kehidupan bersama-sama, ketawa, menangis, gembira, sedih bersama-sama, berjalan, berlari, jatuh, bangun bersama-sama?
... untuk disayangi dan menyayangi orang lain, sedangkan aku tak punya apa-apa untuk diberikan, selain dari kesedihan dan air mata? Aku yang jijik ini, masih menagih kasih sayang dari tuhan, keluarga, sahabat, si dia, sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk menyayangi diri aku sendiri di atas kebodohan aku yang lampau.
... untuk hidup di dalam komuniti yang aku hidup sekarang, melemparkan senyuman pada kenalan-kenalan, meminta dan memberi bantuan, bersentuhan bahu ketika solat, bersalaman, bergurau-senda, sedangkan aku berada dalam keadaan yang sungguh mengaibkan?
... untuk menuntut hak-hak sebagai seorang anak, abang, kawan, pekerja, sedangkan aku telah mensia-siakan hak-hak itu dengan melemparkan diri ke dalam jurang yang begitu dalam dan gelap, yang mana aku tak mungkin dapat keluar kembali ke dunia yang penuh cahaya dan warna-warni ini?
... untuk berasa marah, tidak puas hati, geram, sedih, terhadap dunia dan orang-orang di sekeliling, sedangkan aku sudah tidak boleh dianggap sebagai seorang manusia sempurna?
LAYAKKAH AKU?

Aku positif???........ (8)



















Salam..

Hari ni, 14/10/2009, aku telah pergi ke Hospital Seremban untuk diambil darah!!

Aku dah siap2 mintak cuti dr bos aku untuk g seremban (tp aku x bgtau la aku g hospital sbb ambik darah utk HIV, kang x pasal2 kena pecat).. Semalam aku dah prepare tido awal sket dr biasa sbb aku nak bangun awal, gerak awal n sampai sane pun awal..

Aku bangun kul 4.30 pg, siap2, n terus gerak ke seremban kul 5.30 pg.. On the way ke seremban tu dalam fikiran aku satu je, jgn la diorg tanya yg pelik2 mase ambik darah aku tu nt.. nervous gler ar..

Dalam pukul 8.00 pg, aku dh sampai kat hospital seremban.. lambat sket sbb hujan lebat gler.. dari umah aku sampai seremban ujan.. so lepas park kereta, aku terus masuk ikut pintu belakang, sebab kereta aku parking kat area belakang.. parking penuh giler..

Sampai je kat entrance hospital, doktor aku dh tunggu kat situ.. baik betul dia.. walaupun dia ade jaga exam hr ni, tp dia sanggup luangkan masa utk tengok aku n tunjukkan tempat2 yg aku kena g.. thanks doc, jasamu kukenang.. :) Doktor tunjuk tempat aku nak kena ambik darah tu.. Venepuncture Room (betul ke ejaan tu?..).. masuk2 je, dah ade org kat dalam tu.. pelik tul kan, padahal hospital bukak kul 8.. aku masuk situ dlm 8.20, pun dh ramai org..

Aku g kat kaunter dia, n bagi borang2 aku.. nurse pompuan yg ambik borang aku tu agak terkesima (terkejut) bila aku bg byk form kat dia.. lepas tu dia bg aku nombor giliran n aku pun duduk utk tunggu giliran.. sampai la nama aku dipanggil.. aku pun masuk dalam area untuk ambil darah tu.. nurse pompuan td bg balik form2 aku dengan botol2 utk diisi darah aku (kot).. terkejut aku, ade 7 botol!!! 7!!!













kat situ ade 3 cubicle, and ada 3 org yg bertugas utk ambik darah, sorg pompuan n 2 lelaki.. Aku harap aku dpt yg pompuan tu sebab nampak dia baik sgt.. Tp malangnya aku dpt pak aji pakai kopiah.. so utk memujuk hati, aku ckp la dlm hati yg pakcik ni mesti baik, sbb pakai kopiah.. tapi aku silap!!!!!



Sampai je kat cubicle pakcik tu, aku pun hulur la for2 aku ng botol2 tu.. pakcik tu mcm terkejut tgk byk botol, pastu dia tengok aku dr atas ke bawah.. mase tu dia x pelawa aku duduk lg, tp aku duduk je sbb malas nk bg dia tgk aku puas2.. lepas aku duduk, dia tanye aku, darah aku ni jenis senang ke susah nak ambik?.. mane la aku tau.. pakcik ni kang saje je makan penerajang free..

Dia pun mula la proses ambik darah tu.. Dia cucuk tangan aku ngan jarum yg ade botol besar gler.. mungkin sbb aku ade 7 botol yg nak kena isi.. mase dia start cucuk tu, bermulalah benda yg aku takut2kan dr dulu.. soalan2 dia..

Utk pengetahuan korang, cubicle2 utk ambik darah tu dekat2 je, so kalau kita bercakap kat sini, sane pun leh dengar.. tempat menunggu pun dekat je.. So mase darah aku diambil tu, pakcik tu start tanya aku...

Soalan 1 : mane dapat ni?..
aku rasa maksud pakcik tu, mane aku leh dapat HIV ni?.. aku x jawab pun, just senyum je.. senyum kelat..

Soalan 2 : ko ni rajin g Siam ke cr pompuan?..
pakcik ni dah mula tanya over2.. mase tu semua yg ade kat situ leh dengar, dan semua pandang2 jeling2 aku.. malu gila.. tapi aku x jawab gak.. tp aku dh x senyum dah.. aku buat muka x puas ati..

Soalan 3 : ko ni banyak main ke?..
satu lagi soalan cepumas hinggap kat muka aku.. org tua ni sukati je.. dan x perlu aku ulang, yg semua org kat situ mmg leh dgr soalan dia tu.. rase nak terajang je muka dia ng kopiah2 dia sekali.. tp aku masih senyap.. dah malas nak layan.. dlm hati mmg malu gila, sampai rasa nak nangis..

Last sekali, dia cakap, "tu la, susah nak jawab kan.. baru ko tau..".. Ouch!! pedas sungguh.. mase tu aku dh x mampu nk buat ape2, just berdoa dlm hati je anak pakcik tu dpt HIV.. serius!! lepas siap dia ambik darah aku, aku pun blah dari situ secepat mungkin.. malu gila, sbb mase aku nak keluar tu pun org2 kat situ jeling2 kat aku.. aduuu..

Tapi yg aku agak bangga, pakcik tu x terfikir yg aku ni GAY.. maknanya aku ni klu tgk mmg bukan mcm gay la.. huhu..













Lepas keluar je dr bilik tu, aku rasa lega, tapi sekejap je, sebab lepas ni nak kena buat x-ray lak.. seb baik sebelah2 je.. so x pyh la aku nk kena menapak jauh2.. mcm biasa, aku bg form kat kaunter n tunggu giliran aku.. sampai je giliran aku, nama aku dipanggil n aku masuk dlm bilik x-ray tu.. nurse yg jaga bahagian x-ray tu baik.. dia xde la buat mcm yg pakcik td buat, tp mungkin sebab dia x tau yg aku ni HIV+.. x-ray sekejap je, pastu aku pun balik..

tapi x balik pun.. aku g seremban dua, release tension tengok wayang citer Surrogates.. tapi malang tul, citer tu mcm x berapa best.. ceh.. huhu..

Setakat ni dulu coretan aku utk kali ni.. penat nih.. len kali aku update lg..

Salam..

Tuesday, October 13, 2009

Aku positif???........ (7)


Salam...

Hari ni dah hari Selasa, 13/10/2009. Besok pagi aku akan pergi ke Hospital Seremban untuk diorg ambik sample darah aku. Denagn darah ni la diorg akan buat test2 yg akan menentukan tahap jangkitan virus HIV dalam badan aku. Ni utk menentukan samada aku perlukan ubat sekarang, atau kemudian.

Sebenarnya aku rasa sangat nervous untuk g besok. Doktor aku ckp, proses ambik darah tu x lama, mungkin x sampai pun 1 jam. Tapi aku takut. Bukan takut sakit atau takut darah (walaupun aku mmg ade hemofobia), tapi apa yg aku takut ialah soalan2 yg bakal diajukan pada aku oleh org2 yg akan ambil darah aku sok... :(

Dah byk citer yg aku dgr pasal mulut x insuran diorg nih. Dan proses tu mcm proses menyerah diri, sebab takkan kita nak lari bila org tu tanya kita padahal masa tu darah kita tengah diambil. Mau patah lak jarum tu kang, lagi menambah masalah. So sekarang aku tgh pikir, mcmn nak counter soalan2 tu. So ni aku ade la terpikir benda2 yg bengong. Huhuhu....

Aku letak org yg ambil darah aku tu sbg Misi L (lelaki) & Misi P (perempuan)

Senario 1 :

Misi P : (tengok2 borang aku sambil jeling2 kat aku)
Aku : (buat bodooooo...)
Misi P : (sambil cucuk jarum kat tangan aku) Ni dapat penyakit ni, main ngan sape dik?..

Jeng.. Jeng.. Jengggg.... tup2 soalan cepumas keluar.. So ni pilihan jawapan aku :

1) Diam je..
2) Nangis..
3) "main ngan kawan.."
4) "main ngan anak akak yg skolah menengah tu.."
5) senyum je..
6) "ntah la kak.. x ingat.. ramai sangat.. ntah2 suami akak pun ade skali dalam list.."


Senario 2 :

Misi L : (tengok2 borang aku sambil senyum. Dia x jeling, sbb klu dia jeling ala2 mcm akak td, kompem dia gay!)
Aku : (buat bodo lagi..)
Misi L : (sambil cucuk jarum kat tangan aku) Ko g berganyang ngan sape ni jang?..

Satu lagi soalan cepumas... So.....

1) Diam je..
2) senyum (xleh nangis sbb kali ni misi lelaki.. jatuh saham nanti nangis dpn dia..)
3) "main ngan botfren la bang, sape lg?.."
4) "adik abang yg bujang tu ganas gak mase main kan.."
5) "abg ni ensem la.... hikhikhik.." (sambil usap2 tangan dia.. Dia xleh lari sebab tengah ambik darah aku..


HAHAHAHAHAHA!!! Bestnye kalau dapat buat camtu.. Tapi aku sedar ni semua x mungkin berlaku.. Aku dinasihati utk diam je mase diorg tanya soalan2 tu sume, sebab sebenarnya diorg xde hak utk ganggu privacy pesakit.. Hanya doktor yg berkelayakan dan layak sahaja yg boleh menemuramah pesakit..

Ok la, tu je utk kali ni.. Perasaan nervous tu masih ade.. camne la nak ilangkan ek.. aduuuiii..

Sebelum terlupa, mase aku g jumpa doktor 1st time hr tu, doktor tu ade bagi aku satu buku kaler merah yg bertajuk "Positive Living".. Dalam buku tu ade la panduan sket utk org2 yg hidup dengan HIV mcm aku dan bagus juga dibaca oleh org2 yg ada org yg HIV+ dlm kehidupan mereka x kira la keluarga ke, kawan ke, rakan sekerja ke... Sbb byk yg kita masih x tau psl virus ni, yang mana sikap x tahu tu akan melukakan org2 HIV+ mcm aku lebih dari penyakit itu sendiri.. Nia ku ade upload pic buku tu..
So until next time, salam.....


Tuesday, October 6, 2009

aku positif???........ (6)

06/10/2009 (Selasa)

Sesuatu yang membengongkan berlaku..

Aku ada citer pasal aku g buat checkup seminggu lepas raya kat hospital Seremban, dan aku kena datang balik untuk buat blood test.. Yang bestnya, mati2 aku ingat blood test tu esok (07/10/2009).. So aku pun ngan konfidennye mintak cuti dr bos aku seminggu awal.. konon2nya takut cuti x approve..

Tapi ptg semalam mase aku sms ng kwn aku, aku terpikir, "betul ke blood test aku 07/10/2009?.." so mlm td aku pun check la balik form yg hospital bagi sebab dlm tu diorg ade tulis tarikh appointment aku yg seterusnya.. to my awe, it is on 14/10/2009!!! haha!! so dengan kelam kelibutnya aku call bos aku ckp nak mintak postpone cuti ke minggu depan.. Bos aku bantai gelakkan aku.. hampeh tol.. tp dia bg cuti mgu depan.. pagi td dia siap kol lg, tanye aku betol ke nak postpone.. siot je.. hehe..

so tu he la yg aku nk bgtau.. semoga korang terhibur membaca ke-kelam kabut-an aku ni.. huhu..

salam..

Sunday, October 4, 2009

Aku positif???........ (5)

03/10/2009 (Ahad)

Pukul 6.00 ptg, aku baru sampai kat rumah sewa selepas gi beraya kat rumah kawan. Oleh kerana perut dah memulas2 dari tadi, aku terus ke toilet untuk melepaskan hasrat yg terpendam (buang air besar la..)..

Selepas semua dah dikeluarkan, aku pun jenguk kat mangkuk tandas tu, dan aku terkejut giler bila aku nampak ada benda lain yang keluar sekali bersama2 dgn bahan buangan aku.. Benda tu tak lain dan tak bukan..... DARAH!!!

Masa aku tengok ada darah tu, seriau gak aku dibuatnya.. tetibe je.. aku cuba teran lagi, and lagi darah keluar lagi dr dubur aku.. Oleh sebab aku dah takut, so aku just cuci bersih2, dan terus keluar toilet.. mungkin sekejap je tu kot..

Pada sebelah malam, aku masuk lagi ke toilet utk check2 kot2 ada darah lagi.. aku tgk lubang dubur aku bersih je, so aku pun lega la.. tapi aku try gak teran lagi, nk tgk klu2 ada darah lagi.. And guess what, masih ada darah yg keluar dari lubang tu.. mase tu aku dah tak dapat nak tahan airmata dah.. aku berserah je, mungkin ni tanda2 awal ttg 'penyakit' yg aku alami ni..

04/10/2009 (Isnin)

pagi ni bangun dr tidur, aku g toilet lagi utk buat check lagi.. Tp pagi ni xde darah yg keluar.. Aku bersyukur2 sangat2.. Harap2 darah yg keluar tu xde makna apa2, at least yg serius la.. :)

Saturday, September 26, 2009

VACCINE FOR HIV???

Ada vaksin terhadap HIV?! Good news (not for me). Walaupun keberkesanannya hanya 31%, but it's still good news. Petika di bawah diambil dari Bloomberg, hanya sekadar untuk maklumat, bukan untuk mengambil keuntungan.



HIV Vaccine Shows Promise for First Time, Study Shows (Update4)

By Simeon Bennett

Sept. 24 (Bloomberg) -- An experimental vaccine prevented HIV infections for the first time, a breakthrough that eluded scientists for a quarter century.

A U.S.-funded study involving more than 16,000 volunteers in Thailand found that a combination of ALVAC, made by Paris- based Sanofi-Aventis SA, and AIDSVAX, from VaxGen Inc., of South San Francisco, cut infections by 31.2 percent in the people who received it compared with those on a placebo, scientists said today in Bangkok. Neither vaccine had stopped the virus that causes AIDS when tested separately in previous studies.

The finding represents a revival in a campaign that appeared to stall just two years ago when use of Merck & Co.’s experimental Ad5 vaccine boosted some people’s chances of infection in a study. The latest result will transform future research, said Mitchell Warren, director of the New York-based AIDS Vaccine Advocacy Coalition.

“Wow,” said Warren, who was not involved in the study, in a telephone interview today. “We are in a new place in the search for an AIDS vaccine. It’s safe to say that the scientific community is caught off-guard.”

The findings don’t mean the vaccine can be delivered worldwide, because of unanswered questions about how the shot worked and the fact that it was designed using HIV strains that are specific to Thailand, said Anthony Fauci, director of the National Institute of Allergy and Infectious Disease in Bethesda, Maryland. It will take years of research before a vaccine might be ready for U.S. approval, he said.

A Beginning

“This is the beginning of the effort,” Fauci said today in a conference call with reporters. “It’s opened up the door for us to ask some very important fundamental scientific questions as well as some clinical questions.”

VaxGen shares rose 5 cents, or 7.3 percent, to 74 cents at 4 p.m. New York time in over-the-counter trading. Sanofi shares declined 74 cents, or 1.5 percent, to 50.13 euros in Paris.

The Thailand study looked at whether different infection- fighting strategies devised by Sanofi and VaxGen could be combined into a two-pronged attack. It was conducted by Thailand’s Ministry of Public Health over six years, and led by researcher Supachai Reks-Gnarm.

“What is exciting is that this has provided a proof of concept, that we can do this,” said Cate Hankins, chief scientific officer at UNAIDS, the United Nations AIDS-fighting agency. “Anything is possible now, it feels. It is a scientific breakthrough,” Hankins said by phone from London.

Canarypox Virus

Sanofi’s ALVAC uses a canarypox virus that’s been disabled so it doesn’t cause sickness in humans to smuggle three HIV genes into the body. It’s designed to coax the immune system to make so-called T-cells, protectors that hunt and kill infection deep inside the body.

The AIDSVAX shot contains an HIV protein called gp120 that’s used by the virus to enter human cells. It is designed to encourage the body to produce neutralizing antibodies to destroy HIV viruses before they can infect healthy cells.

The search for a vaccine to prevent HIV has eluded scientists since the early 1980s. AIDS, the syndrome linked with HIV, infects about 6,800 new people globally every day. While there are treatments for HIV that limit the virus in the body, holding AIDS at bay for years, there is no cure.

First Evidence

“This is the first concrete evidence, since the discovery of the virus in 1983, that a vaccine against HIV is eventually feasible,” Michel DeWilde, senior vice president of research at Sanofi Pasteur, the French drugmaker’s vaccine unit, said in a statement today.

An international test of the Ad5 vaccine made by Whitehouse Station, New Jersey-based Merck in about 3,000 people was halted in September 2007, when 49 HIV infections occurred among those who received it compared with 33 among those who got placebo shots. That suggested the product may have raised HIV risk among people exposed to blood or semen containing the virus.

In 2004, a group of U.S. AIDS researchers said in a letter to the journal Science that the combination trial would probably disappoint, and shouldn’t be allowed to proceed because of the failure of the two previous studies.

Highest HIV Rates

In a telephone interview from Oxford, England, before the results were reported, Marie-Paule Kieny, director of the World Health Organization’s Initiative for Vaccine Research in Geneva, said, “I don’t think there is a lot of expectation that the efficacy of this vaccine will be very high. Any hint towards identifying something which is protective in humans would be very good news,” she said.

The researchers enrolled volunteers in Thailand’s Chon Buri and Rayong provinces, which have the nation’s highest rates of HIV, according to the study Web site.

Subjects were given four doses of the ALVAC vaccine and two of the AIDSVAX shot over six months, then monitored for three years. They were also given advice on safe sex. There were no serious side effects, the researchers said.

Of those who received the vaccine, 51 became infected with HIV, compared with 74 who received a placebo, the researchers said. Those in the study who became infected with HIV during the trial were given free access to treatment.

In another finding, the vaccine failed to reduce the amount of virus in the blood of subjects who became infected. Researchers had hoped that if the vaccine didn’t prevent infections, it would at least cut the virus to levels so low it couldn’t be transmitted.

Modest Results

“Although the results were modest, with an efficacy of 31.2 percent, this is a very important scientific advance, and gives us hope that a globally effective HIV vaccine may be possible in the future,” said Jerome Kim, a deputy director of science at the Walter Reed Army Institute of Research, which sponsored the trial. “It has already caused us to change some of our ideas,” Kim told reporters.

The researchers don’t understand exactly how the vaccine prevented infections or why it didn’t reduce viral load.

“We need to find out a lot more about how it went about reducing HIV risk,” said UNAIDS’s Hankins. “There’s a whole slew of studies being planned now and meetings being planned to discuss the significance of the results, and to go into detail on the data.”

The same vaccine may not necessarily have the same effect in other parts of the world, such as Africa, where different strains of HIV circulate, Hankins said.

VaxGen, spun off in 1995 from South San Francisco, California-based biotech company Genentech Inc., stopped developing AIDSVAX in 2003 after a trial showed it didn’t prevent people from getting HIV. The Global Solutions for Infectious Diseases, a South San Francisco-based nonprofit organization, acquired the rights to the product.

The Thailand trial was funded by the National Institute of Allergy and Infectious Diseases, the National Institutes of Health and the U.S. Army Medial Research and Materiel Command.

To contact the reporter on this story: Simeon Bennett in Singapore at sbennett9@bloomberg.net.

Last Updated: September 24, 2009 16:38 EDT

aku positif???........ (4)

27/09/2009 - Ahad

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Maaf sebab aku dah lama tak update blog ni. Busy sket. So ni aku nak update sket.

Pada 25/07/2009 lepas (Jumaat), aku telah pergi ke Hospital Seremban untuk memulakan proses2 yg perlu aku buat sebagai seorang HIV+. So pukul 7.30 pg aku dah gerak dari kampung, and sampai hospital dalam pukul 9.30 pg.

1st aku kena daftar dulu, dan aku diarahkan ke bahagian Klinik Perubatan. So aku pun g ke bahagian Klinik Perubatan, and kat situ kena daftar lagi sekali. Diorang daftar aku dalam buku kaler biru, and ambik berat aku. 53kg je, maklumla, lepas puasa. Huhu.

Lepas tu aku kena tunggu giliran. Lama gak aku kena tunggu sebab angka giliran dia tak ikut turutan. Setiap kes akan pergi ke doktor yang berbeza. Aku ingat lagi, masa aku sampai, ramai gak orang, ada dalam 20 org. Tapi bila turn aku kena panggil, just tinggal dalam 3,4 orang je. Pukul 11.45 pg, nombor aku pun dipanggil.

Aku masuk ke bilik, dan jumpa doktor pakar HIV. Nama doktor tu aku x boleh bgtau kat sini sebab ni secret between patient n doctor. Haha. Dr tu just buat simple checkup. Dia tanya sama ada aku ada penyakit lain. So aku just bgtau dia yg aku pernah ada asma, dan aku ada AF (degupan jantung tak sekata). Lepas dia buat checkup semua, dia bagi aku buku merah (buku panduan untuk HIV+ people), dan mintak aku tunggu kat luar balik. Tapi doc tu mmg baik giler. In fact, petugas kaunter Klinik Perubatan pun baik2 belaka. Tapi I wonder, adakah mereka akan melayan aku sebaik ini kalau diorg tau aku HIV+?.. Hahahaha.. Except for the doc la, dia dah tau aku HIV+.

Aku pun tunggu kat luar, sampai diorang panggil nama aku. Diorg bg aku borang, dan appointment aku yg seterusnya adalah pada 14/10/2009 (Rabu). Alamak, kena mintak cuti lagi. Appointment seterusnya aadlah utk blood test. Diorg akan buat test kat darah aku utk determine whether I need treatment now or later. And I've heard stories about people who take the blood sample, that they are not very friendly...... sigh...


Ini disertakan satu petikan dari satu blog terkenal dari seorang doktor HIV yg terkenal. *aku takde kaitan dgn doktor ni, just that aku suka baca blog dia pasal HIV.

Bloody Hell

September 18, 2009 Comments off

*This article is not written in malice but merely to highlight an aspect of a HIV+ patient’s experience in accessing health care.The story is a TRUE story. (Comments have been disabled for this post)

In government hospitals, all patients are directed to the venepuncture room for blood taking, unlike in UMMC, where the ID doctors themselves do the blood taking for HIV patients. And so, my patients with HIV have to go to the venepuncture room by appointment to have their blood taken.

One of my patient later related what happened when he went for blood taking. He is a newly diagnosed HIV and the risk factor for him was MSM-activities. At the venepuncture counter, he was asked these questions, while his blood was being drawn (meaning, he can’t actually get up and walk away!).

“abang, mana abang pergi berlasak?” (where did you fool around?)
“you ni, main jarum ke?” (are you an intravenous drug user?)

My patient felt that it was none of their business to do a ‘history taking’ while taking blood. After complaining to me in the clinic, he later sent a formal complaint letter to the hospital regarding this issue.

I'm not sure what action was taken. He only hopes that whatever it was, it would turn out better for the patients.



Lepas abis semua, aku pun balik. Tapi aku x balik kampung. Instead aku terus g PD, release tensen with a friend. You know who u r. Thanks a lot for everything.

Ok, nanti lepas aku buat blood test, aku update lagi. chow. Salam.

Tuesday, September 1, 2009

Aku positif???........ (3)

Assalamualaikum.... Sambung lagi.

02/09/2009 (Rabu)

Sejak 5,6 hari lepas, sesuatu berlaku pada aku tiap2 malam (bukan mimpi basah). Aku akan terbangun dr tido dalam kul 2,3 pagi, dan masa tu aku akan mengalami selsema, batuk dan sakit mata yg agak teruk gak la.. Sebab tu sekarang ni bila aku bangun tido je, mesti hidung aku tersumbat, tekak sakit dan mata merah. Aku rasa virus dalam badan aku ni dah mula menunjukkan taringnya. Tp tu aku rase je.. ntah2 mmg aku nak kena sakit camtu kan.. haha.. Sekarang ni aku kat opis, dengan mata yang merah sebelah.. dh mcm cyclops.

Ramadhan dah pun masuk hari yg ke 12, maknanya dah 12 hari kita berpuasa. Sejak 1st day tu, aku just terawih 7 malam je.. Semua mase aku kat kampung.. Bila aku balik umah sewa, malas sgt nk g terawih.. Klu kat kampung tu, masjid dekat je ng umah aku, so aku suka jalan kaki je.. Tp kat umah sewa masjid jauh la pulak.. kena bawak kete.. pastu nk kena cr parking lg.. tu yg malas tu.. (klu dh malas tu mcm2 alasan kan.. haha.. )

Walaupun Pusat Zakat kat depan opis aku ni je, tp aku masih belum bayar zakat fitrah lg.. biase la, org melayu, suka bertangguh. haha.. Abg Pusat Zakat tu dah jeling2 je.. lantak dia la.. yg penting aku bayar gak nanti.. RM6.50 je pun..

Aku dh x tau nak tulis ape, sebab aku post hari ni pun hanya utk bgtau ttg sakit2 mase tido tu je.. bye..

Wassalam...

Monday, August 24, 2009

Aku positif???........ (2)

Salam...

Tiba masa untuk aku sambung coretan perjalanan hidup aku setelah bergelar HIV positif (bila dah banyak kali diulang, perkataan 'HIV positif' tu dah x berapa menakutkan.....).

25/08/2009 (Selasa)
Alhamdulillah, bulan Ramadhan dah pun tiba. Macam kena je dgn masa. Huhu. Hari ni dah puasa ke-3, dan aku masih rasa sihat walafiat. Virus yang mengganas kat dalam badan aku ni masih belum menunjukkan taringnya. Aku masih mampu menjalani hidup aku mcm biasa.

Aku sepatutnya dah start semua test2 utk menentukan tahap jangkitan HIV kat dalam badan aku, tapi disebabkan oleh nasihat sorg kawan yg ambik berat thdp aku (tq. u know who u r), aku postpone semua test tu lepas raya nanti. bkn ape, nanti klu aku buat semua test tu dlm bulan puasa, abis la batal puasa aku. Kena cucuk sane, cucuk sini. Takpe la, aku sanggup tunggu sambil mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan orang2 yg bakal menjalankan test2 tu kat aku. Takut gak. Maklum la, nak buat test tu sume kat hospital kerajaan. mcm2 yg aku dgr psl service kat hospital kerajaan nih. Tambah2 lagi, aku g situ sebab penyakit yg aku cari sendiri. Kompem diorg akan pedajal aku sehabisnya... Mak!! Aku takut!!!! Haha..

Kdg2 aku terpikir, kan bagus kalau ade org yg temankan aku mase aku buat semua test2 tu.. Sekurang-kurangnya kurang sket ketakutan aku nih. Tapi aku dah nekad utk x bagitau sape2 dr kalangan family atau kawan2 lama aku, sebab aku taknak menyusahkan diorg lg. Lgpun kalau aku bgtau, sape la yg nak temankan aku. Tentu diorg takut/malu. Takpe la, biar la aku tempuh semua ni sorg2. Lone ranger ke?. Xde maknanya.....

Hari 1st puasa hr tu cukup bermakna. 1st time aku berpuasa sbg sorg yg HIV positif. Mase makan sahur ng family tu aku rase kecik sgt, mcm x layak je aku nak makan sekali ng diorg. Ble aku tgk muka mak, abah, n adik2 aku, sekali la ng adik ipar aku, mcm ade satu tenaga masuk dlm bdn aku. Bukan power rangers sekalipun Ben 10, tp aku rasa bersemangat utk dapatkn rawatan utk aku terus hidup. Mmg aku akan mati, tapi at least sebelum aku mati, aku nak bahagiakan family aku. Aku nak tengok adik aku yg paling bongsu (3 thn) masuk Universiti, Anta mak ayah aku g haji, tgk muka anak saudara aku yg pertama (ntah bila la tu), dll lagi.. Semua ni bagi aku semangat utk terus hidup. Agi idop agi ngelaban!!!

Alhamdulillah jugak, aku berjaya pujuk sebahagian dari kawan2 plu aku utk buat test HIV. Bkn aku nak takutkan diorg, tapi aku rasa klu psl benda ni, elok kita tau awal2 samada kita ok atau x. Kalau dah terbaring baru tau yg kita ada HIV, rasenye dh agak terlambat. At least kalau tau awal, kita boleh bersedia dr segi mental n fizikal n emosi utk terima, tangani dan survive the illness!! Yeah!!!!! You go girl!! I mean, guys!!!

Guilty Unless Proven Innocent? - Dihakimi Sebelum Diadili...





Salam....

Tajuk di atas xde kena-mengena langsung dengan kes2 mahkamah yg melibatkan politik2 sekarang.. Xde maknanya.. Tajuk tu sebagai satu soalan aku kepada dunia... Mengapa manusia suka menghakimi orang lain?...

Situasi 1 :
Seorang pakcik pakai baju lusuh, jalan ke sana ke mari sambil bawak tin kosong. Dari jauh kita nampak, terus cuba nak elak dr bertembung dengan pakcik tu. Dalam hati, kita cakap, "Tu tak lain nak mintak sedekah la tu. Keje malas, tau nak mintak duit orang je. Jangan harap nak dapat satu sen pun dari aku!"

Situasi 2 :
Seorang perempuan cun giler (haha!) jalan berdua dengan seorang pakcik yg umur nak cecah 60 thn. Pakcik tu dressing setaraf datuk2, eh silap, Dato'2. Tentu orang akan pikir, "Dah tua nak mampus pun x sedar diri lagi.". Ataupun "Perempuan murahan!!".

Situasi 3 :
Seorang lelaki masuk ke sebuah farmasi, dan menyerahkan perskripsi yg beliau bawa kepada ahli farmasi. Dalam perskripsi tu tertulis ubat2an untuk pesakit HIV. Ahli farmasi tu tentu akan pikir "Ni mesti ada AIDS. Tu la, mase main x ingat. Dah sakit menyusahkan orang."

Ketiga-tiga situasi di atas menunjukkan sikap 'judgemental' masyarakat terhadap pemerhatian mereka sendiri. Sebenarnya kalau kita pikir positif dan rajin bertanya (bukan busy body ye), kadang2 apa yg dilihat tu jauh berbeza dgn apa yg berlaku sebenarnya.

Situasi 1 : Memang pakcik tu mintak derma, tapi sebenarnya untuk projek pembinaan rumah anay yatim. Bukan sebab dia malas kerja. Tapi pakcik tu pun x patut mintak derma guna tin. Ahaks!!

Situasi 2 : Atuk dgn cucu la.

Situasi 3 : Sebenarnya lelaki tu doktor HIV, and dia ambil ubat tu sebab nak tolong pesakit dia yg tak dapat nak pegi ambik ubat dia sbb tgh sakit. (mcm penah dgr je cite ni)..

Penyakit judgemental ni mmg susah utk diubati, ataupun mmg x boleh nak diubati. Itu la yg akan terpaksa aku lalui di masa depan, dengan hidup sebagai seorang HIV positif. Aku takut bila terpikir lepsa habis bulan puasa nanti, nak kena buat macam2 test, ambik darah, x ray, dll. Semua tu melibatkan ramai orang, dan tak keterlaluan aku ckp kalau semua orang2 tu akan bersikap judgemental pada aku. Tapi benda ni semua mungkin sesuatu yang perlu aku lalui untuk sepanjang hidup aku yg x berapa nak panjang nih, so nak tak nak terpaksa la tahan.

Bayangkan masa aku g buat test darah nanti, misi (nurse) yg ambik darah aku tu tanya, "ni dapat HIV ni main ngan sapa la ni...". Tak ke panas telinga klu dgr camtu. Patut ke aku jawab, "main ngan anak akak dulu..."?

Even masa aku nak pegi buat blood test kat BP Clinical tu dulu pun, aku takut akan di'judge' oleh staf kat situ, so aku pun cari la satu alasan logik. Last2 masa aku cakap nak buat blood test utk HIV, staf BP tu terus tanye, "nak kawin ke?" Aku pun senyum je. Maklum la, sekarang kan kalau nak kawin kena buat HIV test. Tapi aku rasa, sepatutnya staf BP tu tak dibenarkan tanya pun utk apa aku buat blodd test HIV tu kan. Sebab tu hak privacy, so suka hati aku la nak buat ape ngan test tu. Dia sepatutnya just ambik darah aku tanpa banyak soal. So mase tu dia pun turut mempamerkan sikap judgemental, iaitu dia dah buat kesimpulan dulu hanya kerana aku ckp nak buat HIV test. Nasib baik aku ni jenis straight (x lembut). Kalau aku jenis lembut, mesti dia terus buat andaian yg aku ni gay dan nak buat test HIV sebab dh byk main ngan jantan (walaupun mmg tu yg sebenarnya..... :)......)

Sikap judgemental ni walaupun banyak jenis, tapi paling teruk terhadap penderita HIV. Stigma terhadap HIV mmg besar, so inilah yg membuatkan sikap judgemental ni amat susah dikikis. Tambahan lagi kita yg dok kat Malaysia ni. Dengan info2 terbaru yg sangat2 kurang di media2 tentang HIV, jadi masyarakat Malaysia yang memang kurang ilmu ttg HIV ni akan terus membuat andaian berdasarkan apa yg mereka paham sahaja. Apa yg mereka paham? HIV = seks = dadah = gay = dosa = neraka.

Aku tak salahkan kerajaan sebab kurang memberikan kesedaran terhadap rakyat tentang pengetahuan terkini terhadap HIV ni, sebab aku paham kerajaan sibuk ng kerja lain (hahahaha!!!! as if!!), so rakyat2 sendiri kena la ambik inisiatif sendiri ttg HIV/AIDS ni. Mereka2 yg hidup dgn HIV ini, kebanyakannya telah insaf dr keterlanjuran mereka, dan ingin kembali ke pangkal jalan. Jangan la pikir, "dah ada HIV baru nak menyesal. Ingat Tuhan boleh terima ke taubat ko tu?". Soal terima atau tak tu semua terletak padaNya, so kita sbg manusia ni just buat apa yg termampu utk membantu mereka. Eh silap. So anda sebagai manusia ni just buat apa yg termampu utk membantu kami.

Saturday, August 22, 2009

Lagu





Crash 'n' Burn

(sorry, my handwriting is not so nice :P)























Affirmation








Best lagu ni. Menusuk ke kalbu. hahaha.. Thanks Abg Wan sbb bgtau psl lagu ni...



If Today Was Your Last Day
Songwriters: Kroeger, Chad

My best friend gave me the best advice
He said each day's a gift and not a given right
Leave no stone unturned, leave your fears behind
And try to take the path less traveled by
That first step you take is the longest stride

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had, if today was your last day?
What if, what if, if today was your last day?

Against the grain should be a way of life
What's worth the price is always worth the fight
Every second counts 'cause there's no second try
So live like you're never living twice
Don't take the free ride in your own life

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of?
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?

If today was your last day
Would you make your mark by mending a broken heart?
You know it's never too late to shoot for the stars
Regardless of who you are

So do whatever it takes
'Cause you can't rewind a moment in this life
Let nothing stand in your way
'Cause the hands of time are never on your side

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?







The Animal Song

When superstars and cannonballs are running through your head
And television freak show cops and robbers everywhere
Subway makes me nervous, people pushing me too far
I've got to break away
So take my hand now

'Cause I want to live like animals
Careless and free like animals
I want to live
I want to run through the jungle
With wind in my hair and the sand at my feet

I don't have any difficulties keeping to myself
Feelings and emotions better left up on the shelf
Animals and children tell the truth, they never lie
Which one is more human
There's a thought, now you decide

Compassion in the jungle
Compassion in your hands, yeah
Would you like to make a run for it
Would you like to take my hand, yeah

'Cause I want to live like animals
Careless and free like animals
I want to live
I want to run through the jungle
With wind in my hair and the sand at my feet

Sometimes this life can get you downI
t's so confusing
There's so many rules to follow
And I feel it
'Cause I just run away in my mind

Superstars and cannonballs running through your head
Television freak show cops and robbers everywhere
Animals and children tell the truth, they never lie
Which one is more human
There's a thought, now you decide

Compassion in the jungle
Compassion in your hands, yeah
Would you like to make a run for it
Would you like to take my hand, yeah






Bye Bye

Songwriters: Austin, Johnta M; Carey, Mariah; Eriksen, Mikkel S; Hermansen, Tor Erik

This is for my peoples
Who just lost somebody
Your best friend, your baby
Your man or your lady
Put your hand way up high
We will never say bye (No, no, no)
Mamas, daddys, sisters, brothers
Friends and cousins
This is for my peoples
Who lost their grandmothers
Lift your head to the sky
Cause we will never say bye

As a child there were them times
I didn't get it but you kept me in line
I didn't know why you didn't show up sometimes
On Sunday mornings and I missed you
But I'm glad we talked through
All them grown folk things
Separation brings
You never let me know it
You never let it show
Because you loved me and obviously
There's so much more left to say
If you were with me today face to face

Never knew I could hurt like this
And everyday life rolls on I
Wish I could talk to you for a while
Miss you but I try not to cry
As time goes by

And it's true that you've reached a better place
Still I'd give the world to see your face
And be right here next to you
But it's like you're gone too soon
Now the hardest thing to do is say bye bye

Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye

And you never got a chance
To see how good I've done
And you never got to see me
Back at number one
I wish that you were here
To celebrate together
I wish that we could
Spend the holidays together
I remember when you used to
Tuck me in at night
With the teddy bear you gave me
That I held so tight
I thought you were so strong
You'd make it through whatever
It's so hard to accept the fact
You're gone forever

I never knew I could hurt like this
And everyday life rolls on I
Wish I could talk to you for a while
Miss you but I try not to cry
As time goes by

And it's true that you've
Reached a better place
Still I'd give the world
To see your face
And be right here next to you
But it's like you're gone too soon
Now the hardest thing to do
Is say bye bye

Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye

This is for my people's
Who just lost somebody
Your best friend, your baby,
Your man or your lady
Put your hand way up high
We will never say bye
Mamas, daddys, sisters, brothers,
Friends and cousins
This is for my peoples
Who lost their grandmothers
Lift your head to the sky
Cause we will never say bye, bye

Never knew I could hurt like this
And everyday life goes on I
Wish I could talk to you for a while
Miss you but I try not to cry
As time goes by

And it's true that you've
Reached a better place
Still I'd give the world
To see your face
And be right here next to you
But it's like you're gone too soon
Now the hardest thing to do
Is say bye bye

Friday, August 21, 2009

Stigma - Sedihnya Duniaku


Stigma. Apa yg boleh difahami tentang penyakit 'stigma' ini, yang mana menjadi penyebab utama kematian kepada orang-orang yang hidup dengan HIV, malah kesannya lebih teruk daripada AIDS?

Stigma yang berkaitan dengan HIV/AIDS merujuk kepada sikap prejudis dan diskriminasi komuniti dalam sesebuah negara, bangsa, agama, yang ditujukan kepada orang-orang yg hidup dengan HIV/AIDS (PLWHA - People Living With HIV/AIDS). 'Penyakit' stigma ini akan menyebabkan PLWHA tersisih dari komuniti atau masyarakat, dipulaukan, didiskriminasi malah dicederakan.

Stigam dan diskriminasi terhadap PLWHA boleh disaksikan di seluruh dunia, walaupun ianya berbeza mengikut negara, komuniti, agama dan juga secara individu. Ianya seringkali disertakan bersama stigma berbentuk perkauman, homophobia dan lain2.

Stigma terhadap PLWHA bukan saja menyukarkan hidup PLWHA yang cuba menyusun kehidupan mereka/kami untuk menguruskan tahap kesihatan, malah ia juga menyulitkan usaha2 sesetengah pihak yang ingin melawan epidemic AIDS. Di peringkat yg lebih tinggi, stigma ini boleh menyukarkan usaha kerajaan sesebuah negara dari mengambil tindakan yang pantas dan berkesan menentang epidemik ini, dan menyebabkan kesulitan pada peringkat individu dimana individu2 ini akan berasa was-was untuk mengambil ujian HIV ataupun rawatan terhadapnya.


MENGAPA WUJUDNYA STIGMA TERHADAP HIV DAN AIDS?


Ketakutan terhadap jangkitan disertakan dengan tanggapan sendiri tentang orang2 yg HIV positif akan menyebabkan wujudnya stigma yang ekstrem terhadap HIV dan AIDS. Antara faktor yg menyebabkan stigma :

1. HIV/AIDS adalah penyakit yang mengancam nyawa

2. HIV/AIDS dan jangkitan olehnya dihubungkaitkan dengan dengan sikap/aktiviti2 yang sudah memang wujud stigma terhadapnya seperti homoseks,penyalahgunaan dadah, pelacuran dan zina.

3. Kebanyakan yang dijangkiti adalah melalui hubungan seks, yang mana perkara ini telah di'stigma'kan dengan begitu ekstrem.

4. Fakta2 yang tidak tepat/salah terhadap HIV dan cara jangkitannya.

5. Dijangkiti HIV selalu dianggap disebabkan oleh kecuaian sendiri.

6. Kepercayaan dari segi moral bahawa 'orang2 yang dijangkiti HIV ini adalah orang2 yang berdosa, jadi mereka memang layak diberikan balasan'.


'LAIN PADANG, LAIN BELALANGNYA.'

Adalah sukar untuk kita bercakap mengenai stigma berkaitan HIV/AIDS sebagai sesuatu yang bersikap individu, kerana sikap manusia terhadap epidemik tiu sendiri dan pihak2 yg terlibat adalah dalam skala yang amat besar. Malah di dalam setiap negara, reaksi terhadap HIV/AIDS adalah berlainan di antara individu atau komuniti yang berlainan. Agama, jantina, seksualiti, umur dan tahap pengetahuan terhadap HIV/AIDS memberi kesan terhadap cara seseorang bereaksi terhadap HIV/AIDS.

Stigma terhadap HIV/STIGMA tidak statik. Ianya akan berubah mengikut perubahan tahap jangkitan, pengetahuan dan tahap perubatan pada masa itu. Dalam tahun 2003, WHO (World Health Organisation) menyatakan bahawa:

"as HIV/AIDS becomes disease that can be both prevented and treated, attitudes will change, and denial, stigma and discrimination will rapidly be reduced."

"apabila HIV/AIDS menjadi satu penyakit yang boleh dicegah atau diubati kelak, sikap manusia akan berubah, dan penafian, stigma dan diskriminasi akan menurun dengan mendadak."

Adalah amat sukar untuk menerima pernyataan di atas, kerana tahap stigma adalah amat sukar untuk diukur. Bagaimanapun, satu kajian berskala kecil telah dilakukan dan ianya telah menunjukkan keputusan yang agak positif. Satu kajian telah dilakukan terhadap seramai 1,268 orang di Botswana, dan mereka didapati telah mengalami penurunan tahap stigma mereka dalam masa 3 tahun setelah dijalankan program nasional iaitu memberikan akses kepada 'rawatan antiretroviral'. Kajian ini merumuskan bahawa meskipun akses terhadap terapi antiretroviral ini menurunkan tahap stigma, namun ianya tidak menurunkan tahap ketakutan terhadap penyakit tersebut. Tapi ini semua di Botswana. Malaysia?......


KESAN-KESAN STIGMA

Stigma terhadap HIV/AIDSmemberikan kesan terhadap epidemik itu sendiri. WHO berpendapat bahawa ketakutan terhadap stigma dan diskriminasi adalah penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu menjalankan ujian HIV, menerima keputusan HIV positif dan seterusnya menerima rawatan. Semua ini akan menyebabkan penularan epidemik ini (kerana keengganan untuk menentukan status HIV diri dan seterusnya menjangkiti orang lain). Keengganan untuk melakukan ujian HIV menyebabkan semakin ramai yang mendapat tahu mereka HIV positif pada masa yang agak lewat, iaitu ketika HIV tersebut telah menjadi AIDS, sekaligus menyebabkan rawatan menjadi tidak lagi efektif dan akhinrnya menjadi penyebab kepada kematian awal.

Kajian oleh International Centre for Research on Women (ICRW) mendapati kemungkinan kesan2 terhadap stigma adalah termasuk:

1. Hilang punca pendapatan/hilang kerja

2. Penceraian

3. Layanan yang amat teruk ketika mendapat rawatan (ini adalah yang paling ditakuti)

4. Hilang tempat bergantung/kasih sayang dari keluarga

5. Hilang harapan dan berasa seperti diri tidak berguna

6. Hilang reputasi


JENIS-JENIS STIGMA DAN DISKRIMINASI

Stigma terhadap HIV/AIDS akan membawa kepada diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS, dimana mereka/kami akan menerima layanan yang negatif dan peluang/hak kami akan dinafikan. Diskriminasi ini wujud di setiap peringkat dalam kehidupan.


-Kerajaan.

Undang2 sesebuah negara boleh memberikan kesan kepada PLWHA. Dalam tahun 2008, UNAIDS (UN AIDS) melaporkan bahawa 67% daripada negara2 dalam dunia mempunyai sedikit bentuk 'pembelaan' untuk melindungi PLWHA dari diskriminasi2. Namun, tidakkah ini juga menunjukkan satu bentuk diskriminasi?

Sebenarnya terdapat banyak cara sesebuah kerajaan boleh mendiskriminasi terhadap individu atau komuniti yang hidup dengan HIV/AIDS (ataupun disyaki positif). Di bawah terdapat sedikit contoh diskriminasi kerajaan sesebuah negara terhadap PLWHA:

1. Amerika Syarikat, Armenia, Brunei, China, Iraq, Korea Selatan, Moldova, Rusia dan Arab Saudi MELARANG orang2 yg HIV positif atau mengidap AIDS dari memasuki negara mereka.

2. Presiden Uganda, Museveni, menyokong polisi nasional iaitu memecat atau tidak menaikkan pangkat tentera mereka yang HIV positif.

3. Kerajaan China mewajibkan pemeriksaan ke atas warganegaranya sendiri jika mereka telah ke luar negara melebihi 1 tahun.

4. Sistem keadilan United Kingdom membolehkan mereka menjalankan hukuman terhadap individu yang didapati menyebarkan virus HIV kepada orang lain, walaupun secara tidak sengaja.


-Rawatan

Penangguhan rawatan, staf hospital tidak mahu merawat pesakit yg HIV positif, pemeriksaan HIV yang tidak tepat, kurangnya penjagaan data SULIT pesakit, dan penafian untuk menggunakan fasiliti hospital dan ubat2an adalah sebahagian daripada stigma dan diskriminasi dalam aspek Rawatan. Semua ini akan ditambah lagi dengan ke'ekstrem'an doktor2, bidan2, jururawat2 dan staf2 hospital yg lain.

"diorang balut semua katil, kerusi, lampu, dan doktor2 pakai 3 lapis sarung tangan....."

Data SULIT pesakit juga tidak dijaga dan diambil sikap sambil lewa. Kebanyakan pesakit tidak dapat memilih Bagaimana, bila dan kepada siapa status HIV mereka akan diberitahu. Kajian oleh WHO di India, Indonesia, Filipina dan Thailand (kenapa tak buat di Malaysia sekali?) menunjukkan bahawa 34% daripada koresponden mengakui hak untuk menjaga status SULIT mereka telah dicabuli oleh pekerja kesihatan.

Terdapat juga doktor2 di kawasan terpencil yang tidak mempunyai bekalan ubat2an yg mencukupi bagi merawat pesakit2 HIV/AIDS, menyatakan mereka tidak mempunyai pilihan selain dari membiarkan pesakit tersebut untuk mati. Ini menunjukkan bahawa pesakit2 AIDS langsung tidak dipedulikan. Kekurangan peralatan juga akan menyebabkan doktor2 dan staf2 kesihata akan berasa takut terhadap jangkitan ketika mengendalikan pesakit2.

Stigma dan diskriminasi daripada bahagian kesihatan tidak hanya tertakluk pada negara membangun sahaja. Di bawah ini terdapat seorang wanita yg HIV positif di London, menceritakan pengalaman beliau dengan seorang doktor gigi:

"Saya mengalami masalah pergigian dan saya telah pergi ke satu klinik pergigian sebanyak 2 hingga 3 kali. Saya memberitahu mereka tentang status HIV saya. Mereka menerangkan bahawa saya mesti menjadi pesakit terakhir mereka pada hari itu. Sebelum saya memberitahu mereka tentang status HIV saya, saya pernah juga pergi ke klinik tersebut, dan saya dilayan seperti pesakit2 lain. Tetapi setelah mereka mengetahui status HIV saya , untuk pertemuan kedua, mereka telah membalut katil, kerusi, lampu dan doktor memakai 3 lapis sarung tangan...."


-Pekerjaan

Di tempat kerja, PLWHA mungkin akan mengalami stigma dari rakan sekerja dan majikan, seperti dipulaukan, atau mengalami diskriminasi seperti dibuang kerja atau ditukarkan. Ketakutan seorang pekerja terhadap reaksi majikannya, seorang yang HIV positif menyatakan kebimbangannya:

"Patut ke saya beritahu majikan ttg status HIV saya? Mungkin saya akan dibuang kerja, atau tidak lagi dilayan seperti dulu. Tapi ini akan memudahkan saya jika saya perlu mengambil cuti sakit, untuk pergi mendapatkan rawatan."


-Komuniti

Stigma terhadap HIV/AIDS boleh dikesan di segenap pelusuk dunia. Reaksi sesebuah komuniti terhadap seseorang yg hidup di dalam komuniti mereka dengan HIV boleh memberikan kesan yang amat besar dalam kehidupan PLWHA tersebut. Jika reaksi yg diberikan berbahaya, PLWHA ini mungkin akan dipaksa keluar dari komunit, berpindah rumah, atau jika tidak sekalipun, mereka terpaksa mengubah rutin harian seperti kegiatan membeli belah, bersosial dan persekolahan.

Stigma di dalam komuniti boleh melahirkan sifat benci, penolakan, dan penderaan dari segi kata2 dan perlakuan. Dalam situasi ekstrem, telah direkodkan bahawa ianya boleh mencapai tahap pembunuhan. Pembunuhan yg berkaitan dgn AIDS telah disaksikan dalam negara seperti Brazil, Colombia, Ethiopia, India, Afrika Selatan dan Thailand. Pada Disember 1998, Gugu Dhlamini telah direjam dengan batu dan dipukul sehingga mati oleh jirannya di sebuah bandar berdekatan Durban, Afrika Selatan, sejurus selepas beliau dengan secara terbuka memberitahu tentang status HIVnya pada Hari AIDS Sedunia.


-Keluarga

Dalam kebanyakan negara membangun, keluarga adalah yang utama dalam memberikan bantuan ketika sakit. Terdapat bukti yg jelas bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan dan penjagaan kepada PLWHA. Walaubagaimanapun, tidak semua keluarga memberikan respon yg positif. Ahli keluarga yg dijangkiti HIV mungkin mengalami stigma dan diskriminasi di dalam rumah mereka sendiri. Telah wujud kerisauan membabitkan PLWHA wanita dan homoseks akan menjadi mangsa keluarga yang dipenuhi stigma.

"Semasa saya dalam hospital, ayah saya datang menjenguk saya sekali. Dia kemudiannya menjerit menyatakan saya mengidap AIDS. Semua orang boleh dengar. Apabila balik ke rumah, saya tidak dibenarkan makan di meja bersama mereka, saya diberikan cawan dan pinggan plastik, dan saya hanya dibenarkan tidur di dapur. Saya juga turut dilarang bermain dengan adik2 saya." - Dari seorang wanita HIV-positif di Zimbabwe.


PERJALANAN MENCARI CAHAYA

Stigma terhadap HIV/AIDS telah menjejaskan usaha2 menentang epidemik HIV/AIDS dengan teruk. Ketakutan terhadap stigma seringhkali menjadi alasan mengapa ramai yang tidak mahu tampil untuk membuat ujian HIV, mendapatkan rawatan dan juga mengakui status HIV mereka secara umum. Orang2 yang HIV positif mungkin akan dibelakangkan oleh sistem kesihatan dan pekerjaan, malah dilarang memasuki sesetengah negara. Ada juga yang dihalau keluar dari rumah dan diketepikan oleh kawan2 dan rakan sekerja. Stigma ini boleh diwarisi dari generasi ke generasi, meninggalkan beban yang amat berat kepada mereka yg berkaitan.

Penafian bergerak seiring bersama diskriminasi, menyebabkna semakin ramai yg tidak mahu menerima bahawa HIV wujud dalam komuniti mereka. Hari ini, HIV/AIDS telah menjejaskan kebajikan dan tahap kesihatan orang2 di seluruh dunia. Sehingga penghujung tahun 2007, 33 juta manusia hidup dengan HIV (PLWHA), dan pada tahun itu sahaja 2 juta orang telah meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dgn AIDS. Memerangi stigma dan diskriminasi terhadap orang2 yang telah merasai kesan kewujudan HIV/AIDS adalah kunci bagi menjayakan proses mencegah dan mengawal epidemik ini secara global.

Jadi bagaimana kita nak memerangi stigma dan diskriminasi ini? bagaimana kita nak mengubah sikap manusia terhadap AIDS? mungkin ada yang dapat dicapai melalui sistem keadilan. Di sesetengah negara, PLWHA kekurangan pengetahuan tentang hak2 mereka dalam masyarakat. Mereka perlu dibimbing, agar mereka mempunyai kekuatan untuk melawan segala diskriminasi, stigma dan penafian yang mereka lalui. Sesetengah institusi dan mekanisme pemerhatian boleh diwujudkan bagi menyatakan hak2 PLWHA dan ini akan memberikan makna yg amat besar dalam meminimakan kesan terburuk yang disebabkan oleh stigma dan diskriminasi.

Bagaimanapun, undang2 sahaja tidak dapat melawan diskriminasi berkaitan HIV/AIDS. Ketakutan dan sikap prejudis dalam hati setiap pendiskriminasi perlu ditangani di peringkat individu, komuniti dan nasional. Persekitaran yang lebih 'mesra' juga boleh diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap PLWHA bahawa mereka/kami juga adalah sebahagian dari komuniti ini. Kehadiran rawatan terkini sedikit sebanyak memudahkan perjuangan ini, kerana dengan sedikit harapan, manusia akan kurang ketakutan, semakin ramai yang akan lebih berani menampilkan diri untuk membuat ujian HIV, memastikan status mereka, dan seterusnya mendapatkan rawatan jika perlu. Di masa depan, tugas yang paling berat adalah untuk berdepan dengan mesej2 berbaur ketakutan dan sikap sosial yg bias. Dengan ini, stigma dan diskriminasi terhadap PLWHA dapat dikurangkan, jika tidak dilenyapkan.

Ok, dah penat menaip dari 5 pagi sampai 8.22 pagi. Terima kasih kerana sudi baca.

Assalamualaikum.


Perjalananku.....


Langkahku,
seperti terhenti dari lariannya,
dek tertusuk onak berbisa,
yang sebenarnya boleh dilangkah,
atau diharung dengan terompah kayu,
pasti ianya tidak menusuk,
namun kealpaan menyapa,
dan apabila keperitan onak itu menyusup,
ianya sudah terlambat,
benar-benar sudah terlambat,
tangisan tidak akan melenyapkan bisanya,
kesalan tidak akan mengundurkan masa,
apa yang mampu,
hanyalah untuk meneruskan langkah-lankahku,
dengan menahan kebisaan,
yang tidak mungkin dapat kulempar,
dan sedikit demi sedikit,
ianya akan memperlahankan langkahku,
sehingga akhirnya,
langkahku ini akan terhenti,
buat selamanya.......

Wednesday, August 19, 2009

Aku positif???........ (1)


Salam.

Pernahkah terlintas di fikiran bahawa satu hari, korang akan menerima satu berita yang amat mengejutkan; Disahkan HIV Positif!

Blog ni aku buat sebab aku nak kongsi pengalaman aku sendiri. Sedih, tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan sikit beban dalam dada ni.

15/08/2009 - Sabtu
Pagi2 lagi aku dah bangun, siap2, start kereta dan terus ke Bahau. Destinasi aku, BP Clinical kat Bahau, belakang Econsave. Tujuan aku satu je, nak buat HIV blood test. Kenapa aku tetibe je nak buat blood test? Panjang ceritanya... Dipendekkan, aku GAY. Bodoh kan. Memang aku mengaku aku bodoh, dan aku mengaku aku menyesal dgn apa yg dah aku buat. Ok, berbalik pada cerita tadi, aku pun buat la blood test tu. Sekejap je, dia ambil sample darah, bayar RM25.00, dan dia suruh aku balik sebab proses tu ambil masa sehari gak. So aku disuruh datang balik hari Isnin sebab ahad diorang cuti. So aku pun terus g Seremban, mandi manda kat pool kat seremban.

17/08/2009 - Isnin
Hari aku ambil result test pun tiba. Aku jalankan rutin mcm biasa, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi..... mcm lagu budak2 lak. Sampai opis dlm pukul 8.45 pg, opis aku bukak pukul 9. Masuk opis, aku buat keje2 yg urgent dulu sampai smua siap. Dalam pukul 10, baru aku teringat pasal blood test tu. Dalam resit yg BP Clinical tu bg, ade no telefon diorang sekali. So aku pun terpikir la, baik aku call dulu sblm pergi, ntah2 result aku belum keluar. So aku pun call. Yang angkat telefon tu staf yg lelaki, pastu bila aku bgtau nama aku, terus dia pass kat budak pompuan yg ambik darah aku hari Sabtu lepas. So aku pun tanya la pasal result aku, (berdebar lak rasa, mcm nak ambik result SPM) dan tetiba suara pompuan tu mcm dh lain. Jadi sedih je. Aku pun gabra gak. Aku tanya boleh tak aku ambik result aku hari tu, dan dia jawab, result aku masih belum siap. Kena tunggu result dari Ipoh sebab ada kemungkinan result aku.... positif. Masa tu aku mcm dh nak pitam.. positif?.......... Then pompuan tu bgtau yang aku kena tunggu sampai hari Rabu, baru boleh ambik result tu.

Lepas dia letak telefon, aku x tau nak pikir apa. Keliru, serabut, pening, takut, marah, sedih, semua ada. Tak sedar air mata aku jatuh. Nasib baik takde org kat opis. Lepas tu tanpa membuang masa aku terus sms kat kawan2 aku yg pernah tidur ngan aku. Semua terkejut, dan aku nasihatkan diorg g buat blood test gak.

Mase tu aku dah hilang punca, xleh nak buat keje langsung, nangis sampai petang. Aku call bf aku kat Seremban. Dia pun terkejut bila dengar. Mane x terkejut, har Ahad sblm tu kitorang ade buat benda haram tu. Cepat2 dia g buat rapid test, and keputusan die negative. Tp utk masa tu. So sejak hari tu, die terpaksa ambik ubat, nama ubat tu PEP ke hapa ntah. Harga ubat tu RM1,300. Ubat tu utk membunuh Virus HIV yg belum aktif, tp bkn 100% berkesan. Side effect ubat tu mmg severe. Kesian aku tgk dia. Takde selera makan, cirit birit, muntah, badan lesu, mengantuk. Aku rase betul2 bersalah kat dia. And sekarang kami bukan couple lg. Masing2 dah insaf atas kesilapan sendiri. Apa2 pun aku betul2 bersyukur sebab dia negatif.

Malam tu aku x boleh tidur, asyik nangis. Habis bantal n selimut aku basah ng airmata. Haha. Aku teringat kat mak aku. Masa tu la aku buat keputusan nak balik kampung (kampung aku dekat je), dan nak spend this whole week ng my family. Sabtu ni nak start puasa Ramadhan, so elok gak la tu kan.

18/08/2009 - Selasa
Pagi2 sblm g keje, aku dah pack baju2 aku utk seminggu. Yea, balik kampung!!! Walaupun tiap2 minggu aku balik kampung, tapi kali ni berbeza sket. Aku rasa betul2 rindu kat mak ayah and adik2 aku. Aku anak sulung. Masa lunch break tengahari aku x keluar mkn, xde selera, tp aku sms mak aku, tanya dia masak apa hr ni. Die pelik gak, sbb aku x pnh tanye camtu. Die tanye aku nak balik ke? Aku jawab ya. Masa tu airmata aku dah mencurah2. Pastu aku sambung keje sampai pukul 5. So abis keje pukul 5, aku terus blah and singgah jap kat supermarket, belikan adik aku coklat Kinder Joy yg dia asyik mintak sblm ni tp aku malas nak layan. Sampai kat umah, aku tgk muka family aku, sayu je rase. Tapi aku tahan airmata ni. Siap2 mandi, aku terus makan. Walaupun xde selera, tp aku laju je mkn lauk ayam masak kicap yg mak aku masak. Rasa sedap betul. Aku makan sorg2 je, sbb mak ayah aku keluar. Aku dok umah jaga adik2 aku. Malam tu, aku ajak adik aku yg bongsu (umur 3 thn), duduk atas riba aku. Rindu sgt kat dia. Ntah macamana, dia tetiba je cakap, "adik sayang along." Masa tu aku dh x thn dah, terus mengalir air mata. Tp dia x sedar pun. Klu sedar pun, dia x paham.

19/08/2009 - Rabu
Hari yang ditakuti pun tiba. Aku terpaksa mintak half-day hari tu, sebab nak pegi ambik result. So aku keje sampai pukul 1, dan terus ke Bahau. Sampai je kat BP Clinical tu, aku masuk and ambik result aku. Staf pompuan tu xde, yang ade just staf lelaki. Aku sebut nama aku, ambik result (dlm plastik), and terus blah. Aku masuk dlm kereta, kunci pintu, pasang aircond, and bukak sampul plastik tu. Menggigil tangan aku mase tuh. Result tu kertas sehelai je, (nanti aku upload rupa result tu), and kat situ dia tulis :









Confirm! Aku HIV positif. Ya Allah ampunkan aku. Tapi nasib baik aku dah ada buat persediaan dari segi mental dlm masa 2 hari tu. So aku terima semua ni. Aku anggap ni semua balasan Allah utk org2 mcm aku yg byk buat dosa. Ni baru balasan dunia. Balasan kat akhirat nanti x tau la mcmn. Astaghfirullah.

Aku bernasib baik sebab antara ramai2 kawan GAY yg aku ada, masih ada 4 org yg masih sudi jd kawan aku. Yg lain semua cabut. Thanks korang atas semua kata-kata semangat. I needed it.

Ni la cerita yang aku nak kongsi dgn korang. Aku sebenarnya cari jugak blog yang buat mcm ni, tp x jumpa. So aku buat sendiri je. Nanti aku akan bagitau perkembangan2 aku. Sampai la aku dah tak mampu utk menaip lagi nanti. Until then, chow.

Assalamualaikum.