Wednesday, August 19, 2009

Aku positif???........ (1)


Salam.

Pernahkah terlintas di fikiran bahawa satu hari, korang akan menerima satu berita yang amat mengejutkan; Disahkan HIV Positif!

Blog ni aku buat sebab aku nak kongsi pengalaman aku sendiri. Sedih, tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan sikit beban dalam dada ni.

15/08/2009 - Sabtu
Pagi2 lagi aku dah bangun, siap2, start kereta dan terus ke Bahau. Destinasi aku, BP Clinical kat Bahau, belakang Econsave. Tujuan aku satu je, nak buat HIV blood test. Kenapa aku tetibe je nak buat blood test? Panjang ceritanya... Dipendekkan, aku GAY. Bodoh kan. Memang aku mengaku aku bodoh, dan aku mengaku aku menyesal dgn apa yg dah aku buat. Ok, berbalik pada cerita tadi, aku pun buat la blood test tu. Sekejap je, dia ambil sample darah, bayar RM25.00, dan dia suruh aku balik sebab proses tu ambil masa sehari gak. So aku disuruh datang balik hari Isnin sebab ahad diorang cuti. So aku pun terus g Seremban, mandi manda kat pool kat seremban.

17/08/2009 - Isnin
Hari aku ambil result test pun tiba. Aku jalankan rutin mcm biasa, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi..... mcm lagu budak2 lak. Sampai opis dlm pukul 8.45 pg, opis aku bukak pukul 9. Masuk opis, aku buat keje2 yg urgent dulu sampai smua siap. Dalam pukul 10, baru aku teringat pasal blood test tu. Dalam resit yg BP Clinical tu bg, ade no telefon diorang sekali. So aku pun terpikir la, baik aku call dulu sblm pergi, ntah2 result aku belum keluar. So aku pun call. Yang angkat telefon tu staf yg lelaki, pastu bila aku bgtau nama aku, terus dia pass kat budak pompuan yg ambik darah aku hari Sabtu lepas. So aku pun tanya la pasal result aku, (berdebar lak rasa, mcm nak ambik result SPM) dan tetiba suara pompuan tu mcm dh lain. Jadi sedih je. Aku pun gabra gak. Aku tanya boleh tak aku ambik result aku hari tu, dan dia jawab, result aku masih belum siap. Kena tunggu result dari Ipoh sebab ada kemungkinan result aku.... positif. Masa tu aku mcm dh nak pitam.. positif?.......... Then pompuan tu bgtau yang aku kena tunggu sampai hari Rabu, baru boleh ambik result tu.

Lepas dia letak telefon, aku x tau nak pikir apa. Keliru, serabut, pening, takut, marah, sedih, semua ada. Tak sedar air mata aku jatuh. Nasib baik takde org kat opis. Lepas tu tanpa membuang masa aku terus sms kat kawan2 aku yg pernah tidur ngan aku. Semua terkejut, dan aku nasihatkan diorg g buat blood test gak.

Mase tu aku dah hilang punca, xleh nak buat keje langsung, nangis sampai petang. Aku call bf aku kat Seremban. Dia pun terkejut bila dengar. Mane x terkejut, har Ahad sblm tu kitorang ade buat benda haram tu. Cepat2 dia g buat rapid test, and keputusan die negative. Tp utk masa tu. So sejak hari tu, die terpaksa ambik ubat, nama ubat tu PEP ke hapa ntah. Harga ubat tu RM1,300. Ubat tu utk membunuh Virus HIV yg belum aktif, tp bkn 100% berkesan. Side effect ubat tu mmg severe. Kesian aku tgk dia. Takde selera makan, cirit birit, muntah, badan lesu, mengantuk. Aku rase betul2 bersalah kat dia. And sekarang kami bukan couple lg. Masing2 dah insaf atas kesilapan sendiri. Apa2 pun aku betul2 bersyukur sebab dia negatif.

Malam tu aku x boleh tidur, asyik nangis. Habis bantal n selimut aku basah ng airmata. Haha. Aku teringat kat mak aku. Masa tu la aku buat keputusan nak balik kampung (kampung aku dekat je), dan nak spend this whole week ng my family. Sabtu ni nak start puasa Ramadhan, so elok gak la tu kan.

18/08/2009 - Selasa
Pagi2 sblm g keje, aku dah pack baju2 aku utk seminggu. Yea, balik kampung!!! Walaupun tiap2 minggu aku balik kampung, tapi kali ni berbeza sket. Aku rasa betul2 rindu kat mak ayah and adik2 aku. Aku anak sulung. Masa lunch break tengahari aku x keluar mkn, xde selera, tp aku sms mak aku, tanya dia masak apa hr ni. Die pelik gak, sbb aku x pnh tanye camtu. Die tanye aku nak balik ke? Aku jawab ya. Masa tu airmata aku dah mencurah2. Pastu aku sambung keje sampai pukul 5. So abis keje pukul 5, aku terus blah and singgah jap kat supermarket, belikan adik aku coklat Kinder Joy yg dia asyik mintak sblm ni tp aku malas nak layan. Sampai kat umah, aku tgk muka family aku, sayu je rase. Tapi aku tahan airmata ni. Siap2 mandi, aku terus makan. Walaupun xde selera, tp aku laju je mkn lauk ayam masak kicap yg mak aku masak. Rasa sedap betul. Aku makan sorg2 je, sbb mak ayah aku keluar. Aku dok umah jaga adik2 aku. Malam tu, aku ajak adik aku yg bongsu (umur 3 thn), duduk atas riba aku. Rindu sgt kat dia. Ntah macamana, dia tetiba je cakap, "adik sayang along." Masa tu aku dh x thn dah, terus mengalir air mata. Tp dia x sedar pun. Klu sedar pun, dia x paham.

19/08/2009 - Rabu
Hari yang ditakuti pun tiba. Aku terpaksa mintak half-day hari tu, sebab nak pegi ambik result. So aku keje sampai pukul 1, dan terus ke Bahau. Sampai je kat BP Clinical tu, aku masuk and ambik result aku. Staf pompuan tu xde, yang ade just staf lelaki. Aku sebut nama aku, ambik result (dlm plastik), and terus blah. Aku masuk dlm kereta, kunci pintu, pasang aircond, and bukak sampul plastik tu. Menggigil tangan aku mase tuh. Result tu kertas sehelai je, (nanti aku upload rupa result tu), and kat situ dia tulis :









Confirm! Aku HIV positif. Ya Allah ampunkan aku. Tapi nasib baik aku dah ada buat persediaan dari segi mental dlm masa 2 hari tu. So aku terima semua ni. Aku anggap ni semua balasan Allah utk org2 mcm aku yg byk buat dosa. Ni baru balasan dunia. Balasan kat akhirat nanti x tau la mcmn. Astaghfirullah.

Aku bernasib baik sebab antara ramai2 kawan GAY yg aku ada, masih ada 4 org yg masih sudi jd kawan aku. Yg lain semua cabut. Thanks korang atas semua kata-kata semangat. I needed it.

Ni la cerita yang aku nak kongsi dgn korang. Aku sebenarnya cari jugak blog yang buat mcm ni, tp x jumpa. So aku buat sendiri je. Nanti aku akan bagitau perkembangan2 aku. Sampai la aku dah tak mampu utk menaip lagi nanti. Until then, chow.

Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment